KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata daripada jumlah itu, 42 kertas siasatan masih dalam penyiasatan manakala 14 kes sudah dituduh, empat arahan tiada tindakan lanjut dan dua masih dalam tindakan Pejabat Peguam Negara.
"Semua laporan polis yang didapati mempunyai unsur penipuan atau pecah amanah jenayah akan dibuka kertas siasatan dan disiasat mengikut seksyen berkaitan jenayah itu di bawah Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi kes melibatkan jenayah pelaburan, kebanyakan menjurus kepada peruntukan undang-undang lain antaranya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) serta Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778).
"Apabila sesuatu laporan polis diterima, JSJK akan menasihatkan pengadu untuk merujuk laporan mereka kepada agensi berkaitan," katanya.
Ramli mengulas mengenai kira-kira 500 mangsa penipuan tampil membuat aduan dan laporan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) selepas mendakwa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tiga syarikat pelaburan.
Mengulas lanjut, beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuang nasib mangsa perlu mengambil maklum bahawa pihak berkuasa termasuk PDRM tidak mengambil mudah atau bersikap tidak peka terhadap kes penipuan termasuk skim pelaburan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi terutama daripada syarikat tidak berdaftar.
Semalam, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama 500 mangsa kes penipuan pelaburan membuat aduan kepada NFCC.
Mereka mendakwa tiada tindakan diambil terhadap tiga syarikat yang dikatakan menipu mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Ramli turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi terutama daripada syarikat tidak berdaftar. - Gambar Bernama
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.
Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen
SC mendakwa seorang bekas remisier, Peter Chuah Hock Heng atas tuduhan menipu pelabur dan terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen.
Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.
Terperdaya skim pelaburan tidak wujud, bekas pengarah syarikat rugi lebih RM380,000
Wanita berusia 63 tahun membuat laporan polis pada Jumaat apabila menyedari dirinya telah diperdaya satu skim sindiket penipuan pelaburan.
Orang ramai diminta berwaspada, BNM tidak promosikan skim pelaburan
Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.
Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sebanyak 80 mangsa penipuan skim pelaburan gesa polis ambil tindakan segera
Kesemua mangsa telah membuat laporan polis sejak Mac lepas hingga bulan ini, namun masih belum ada sebarang tindakan.
Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan
JSJK Bukit Aman menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosi skim itu.