KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata program Rahmah Ramadan MAIWP: Sumbangan Pakaian Dan Keperluan Raya itu membolehkan asnaf terlibat membeli pakaian raya dengan peruntukan RM300 seorang.
"Sumbangan dalam bentuk pakaian dan keperluan raya ini tanda keprihatinan MAIWP dan diharapkan dapat meringankan beban serta membolehkan mereka merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna.
"Program menyantuni asnaf dan memberi peluang mereka membuat persiapan raya ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan MAIWP dan insya-Allah akan diteruskan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan program itu di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP Mohd Fauzi Abidin.
Selain itu, Syed Kamarulzaman dengan kerjasama Yayasan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (YBSKN) turut menyampaikan sumbangan daripada MAIWP berupa pakaian dan keperluan Aidilfitri di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak di sini.
Beliau berkata bantuan itu merangkumi pakaian raya seperti baju kurung dan baju melayu sebanyak 2,000 pasang serta bantuan barangan asas dan barangan basah kepada 1,000 penerima, melibatkan peruntukan berjumlah RM370,000.
"Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan penerima dan menyemarakkan keindahan serta membawa keceriaan sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (dua, kanan) menyantuni penduduk Program Perumahan Rakyat Seri Semarak ketika hadir Majlis Rahmah Ramadan MAIWP di Surau Al-Husna hari ini. - Foto Bernama
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya
MAIWP memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkuat kuasa Khamis.
Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala
Mohd Na'im berkata perkhidmatan kaunter yang cekap dan penuh beradab akan memberikan gambaran positif terhadap imej jabatan.
Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Agropreneur Fertigasi Cili: MAIWP jalin kerjasama strategik ubah status asnaf
Mohd Na'im berkata, ini susulan kejayaan program pembangunan usahawan asnaf MAIWP melalui Agropreneur Fertigasi Cili bersama syarikat GrasiCili sejak November 2021.
MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM60.1 juta bagi pelbagai program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan atau asnaf di Labuan tahun ini.
MAIWP salur sumbangan RM1 juta bagi misi bantuan banjir di Johor
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta sebagai sumbangan misi bantuan banjir di Johor.
Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.
MAIWP naikkan kadar had kifayah, bantu golongan asnaf terkesan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemas kini dan menaikkan kadar had kifayah untuk diguna pakai pada tahun ini.