Pasca pemilihan PKR fasa kedua di Selangor menyaksikan situasi tegang tercetus di beberapa cabang susulan daripada insiden kekecohan yang berlaku di kalangan penyokong calon yang bertanding.
Menerusi pemilihan tersebut, beberapa cabang di Selangor menyaksikan insiden kekecohan berlaku sehingga menyebabkan proses pengundian sedikit terganggu.
Walaupun terdapat penambahbaikan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebelum ini, namun situasi tegang dalam kalangan penyokong masih tidak dapat dielakkan susulan daripada beberapa kelemahan pengurusan di cabang-cabang terlibat.
Perkara ini turut diakui penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan bahawa isu pusat undi lewat dibuka ekoran masalah sistem e-voting akan memberikan gambaran tidak baik kepada proses pemilihan parti itu.
Malah, Azmin turut menggesa JPP supaya menambah baik sistem berkenaan bagi memastikan pemilihan parti itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Selain pusat undi lewat dibuka, terdapat juga insiden lain yang timbul di beberapa cabang Selangor antaranya melibatkan isu pengundi tentera dan hantu, isu kertas cai, kesesakan di pusat mengundi dan salah faham antara penyokong.
Di samping itu, pemilihan fasa kedua di negeri ini juga turut menyaksikan Azmin sekali pagi mendahului seterunya, Rafizi Ramli bagi merebut jawatan kedua tertinggi di dalam parti itu.
Menerusi keputusan tidak rasmi yang dikemaskini dalam laman web pemilihan PKR menyaksikan Azmin memperoleh 4,798 undi manakala Rafizi pula meraih 4,385 undi dengan majoriti 593 undi.
Bagi pemilihan fasa pertama dan kedua itu juga, Azmin direkodkan telah mendahului Rafizi dengan majoriti 1,367 undi.
Setakat ini, Azmin mendahului di 10 cabang di Selangor sementara Rafizi hanya menjadi pilihan di enam cabang iaitu Hulu Selangor, Kelana Jaya, Kapar, Puchong, Klang dan Selayang.
Sentimen Azmin sebagai bekas Menteri Besar Selangor dan penyandang jawatan timbalan presiden parti dilihat memberi kelebihan buat beliau bagi meraih kemenangan di negeri ini.
Walau bagaimanapun, perbezaan jurang undian antara Azmin dan Rafizi tidak begitu besar malah peluang bagi kedua-dua pihak dilihat masih terbuka untuk meraih kemenangan di Selangor.
Dengan perkembangan keputusan fasa kedua tersebut, adakah Azmin dilihat masih mampu mendahului pada pusingan ketiga nanti?
Saingan sama rata
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat sokongan terhadap Rafizi di Selangor adalah diluar jangkaan berikutan negeri ini dilihat sebagai kubu kuat Azmin.
Berdasarkan keputusan pasca pemilihan fasa kedua Ahad lalu, pihaknya melihat jurang jumlah undian majoriti diperoleh Azmin tidak begitu besar walaupun beliau masih mendahului kedudukan di negeri itu.
“Sepatutnya, dengan sentimen beliau yang merupakan bekas menteri besar serta pemimpin atasan parti, Azmin dilihat dapat mendahului dengan jumlah undian yang besar di Selangor namun perkara sebaliknya berlaku dimana jurang itu tidak begitu ketara,” katanya.
Di samping itu, Sivamurugan berpendapat bahawa persaingan antara kedua-dua pemimpin ini akan sengit sehingga ke pemilihan terakhir nanti yang bakal berlangsung di Sarawak berikutan kedua-dua calon tersebut mempunyai kelebihan tersendiri.
“Azmin mempunyai kekuatan beliau tersendiri malah Rafizi juga dilihat sebagai pilihan berdasarkan agenda reformasi yang dibawa oleh beliau serta dapat diterima oleh kebanyakan pimpinan muda parti,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff pula melihat Azmin berada ke depan pada pemilihan di Selangor berbanding Rafizi susulan beberapa isu yang dibangkitkan oleh pencabarnya sebelum ini.
Beliau berkata, antara isu yang memberi kesan kepada Rafizi adalah melibatkan dakwaan politik wang di dalam pemilihan parti yang menyebabkan beliau sendiri perlu berdepan Jawatankuasa Disiplin Parti tersebut bagi memberi penjelasan.
“Isu lain yang membuatkan Azmin lebih ke depan ialah kedudukan beliau sebagai menteri di mana ia sekaligus meningkatkan reputasinya di dalam parti berkenaan,” katanya.
Namun begitu, Syed Agil berkata, keputusan dalam pemilihan pada Ahad lalu belum muktamad dan persaingan antara kedua pihak juga masih terbuka bagi merebut jawatan tersebut.
Berdasarkan kenyataan daripada kedua-dua pemerhati politik tanah air tersebut menyaksikan bahawa pertembungan dua pemimpin PKR itu pastinya bakal menyaksikan perkembangan menarik.
Namun begitu, pastinya setiap calon mempunyai strategi tersendiri dalam memastikan sokongan kekal dan teguh milik mereka bagi bersama-sama membawa agenda pembaharuan dalam kepimpinan PKR selepas ini.
Sinar Harian
Tue Oct 23 2018
Pemilihan fasa kedua di Selangor turut menyaksikan Azmin sekali pagi mendahului seterunya, Rafizi Ramli bagi merebut jawatan kedua tertinggi di dalam parti itu. - Gambar fail
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).
'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.
PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin
Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.
Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.
Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.