Polis percaya berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di sini, dengan tertangkapnya 41 individu disyaki pengedar bahan terlarang itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supt Sahar Abdul Latif berkata tangkapan itu hasil operasi bersepadu yang dijalankan di 19 kampung sekitar Serian.
Beliau berkata dua daripada 41 individu terbabit ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
"Kesemua ditahan berusia 15 hingga 50 tahun. Operasi ini bermula pagi tadi melibatkan 23 pasukan terdiri daripada 101 pegawai dan anggota," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian di sini, pada Ahad.
Sahar berkata polis turut merampas selaras senapang dan pedang pendek selain dadah jenis syabu dianggarkan seberat 52.6 gram dan ganja 6.3 gram, yang keseluruhannya bernilai RM10,715.
"Saya boleh katakan operasi ini berjaya sepenuhnya kerana sebelum ini kita menyasarkan untuk menangkap 28 individu disyaki pengedar dadah di kawasan ini," katanya.
Namun, beliau berkata lebih memeranjatkan dalam operasi itu apabila tangkapan dilakukan melibatkan satu keluarga terdiri daripada bapa, anak berusia 20-an serta lima anak saudaranya berusia 15 hingga 20-an.
Katanya kesemua individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952, Seksyen 15(1)(a)ADB 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2019
Polis berkata dua daripada 41 individu terbabit ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh.
Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah
Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki dadah lebih tiga kilogram (kg) yang dipercayai untuk diedarkan di sini, semalam.
Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL
Kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.
Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu
Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Remaja perempuan antara 188 individu ditahan terlibat dadah
Kesemua individu yang ditahan melibatkan seorang wanita, seorang remaja perempuan dan 186 lelaki berusia antara 15 hingga 65 tahun.
Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu ditambah baik - Bukit Aman
Antara penambahbaikan yang dilihat perlu dilakukan ke atas akta itu adalah berkaitan berat dadah.
Sindiket jual air ketum tumpas, 654 bungkus dirampas
Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses air ketum dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth.