TOKYO: Hanya air mata yang membasahi pipi atlet powerlifting kebangsaan, Jong Yee Khie ketika menaiki podium selepas merangkul pingat perak kategori lelaki 107 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Tokyo.
Yee Khie ternyata gagal menyembunyikan perasaaan hibanya selepas tidak dapat meraikan kejayaannya di sini, bersama emaknya, mendiang Chow Good Sing, yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada Oktober tahun lepas.
"Jika Sukan Paralimpik tidak dibatalkan kerana COVID-19 tahun lepas, emak sudah pasti melihat kejayaan saya, namun apakan daya emak telah pergi terlebih dahulu.
"Ketika di podium tadi, hati kecil saya memberitahu emak yang saya sudah berjaya raih pingat perak, harap dia dengar dan bangga dari atas sana," katanya dalam nada sebak kepada Bernama.
Lebih menyedihkan, jadual latihan yang padat serta Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkannya tidak dapat berada di sisi emaknya sebelum wanita kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun.
"Setibanya di Sarawak, saya hanya mampu mengikuti upacara sembahyang sebelum jasad emak dibakar," tambahnya.
Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, atlet berusia 32 tahun itu kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, apabila melakukan angkatan seberat 237kg.
Bagaimanapun, atlet dari Batu Kawa, Kuching itu kemudian tidak berupaya untuk memperbaiki angkatan keduanya selepas gagal dalam percubaan ketiga dan juga terakhirnya iaitu 245kg.
Kejayaan itu bermakna beliau dapat menebus kekecewaan selepas sekadar menduduki tempat ketujuh bagi kategori 97kg ketika membuat kemunculan pertamanya di Rio 2016.
Beliau yang 'cemburu' dengan kejayaan dilakar tiga atlet olahraga negara, iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100m T36, Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20) dan Abdul Latif Romly dalam acara (lompat jauh T20), juga mengakui pencapaian mereka bertiga itu juga telah membakar semangatnya untuk cuba meraih pingat di Tokyo.
Mengenai prestasinya hari ini, anak kedua daripada tiga beradik itu tidak berpuas hati apabila tidak berjaya merangkul pingat emas yang dimenangi atlet Mongolia, Sodnompiljee Enkhbayar, selepas gagal dalam angkatan terakhirnya.
Yee Khie berkata tangan kanannya yang dilihat tidak stabil dalam percubaan terakhirnya itu telah menyebabkan angkatan dilakukannya kurang kemas dan seterusnya dibatalkan pengadil.
Namun, beliau enggan membiarkan impian emasnya terkubur begitu sahaja dan akan kembali cuba memenangi pingat diidamkannya di Paris 2024.
Yee Khie juga memberitahu bahawa rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin yang merupakan pemenang emas pertama negara di Tokyo bagi kategori lelaki 72kg Sabtu lepas, percaya atas kebolehannya untuk membawa pulang pingat untuk negara.
Katanya, beliau juga mahu mendedikasikan pingat dimenanginya bersempena Hari Kebangsaan yang akan disambut esok dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terhadap sokongan diberikan kepada atlet paralimpik yang sedang berjuang di Jepun.
Saingan hari terakhir sukan powerlifting di Tokyo International Forum menyaksikan Sodnompiljee melakukan angkatan terbaik 245kg untuk membawa pulang emas manakala Saman Razi dari Iran, meraih gangsa menerusi angkatan terbaik seberat 231kg.
Sodnompiljee memulakan saingan dengan bergaya apabila melakukan angkatan 241kg untuk memecah rekod Paralimpik milik Pavlos Mamalos dari Greece, dengan angkatan seberat 238kg dilakukan di Rio 2016, dan sekali lagi mencuri tumpuan memecahkan rekodnya sendiri dalam percubaan kedua iaitu 245kg.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, atlet berusia 32 tahun itu kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, apabila melakukan angkatan seberat 237kg. - fotoBERNAMA
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Juara Paralimpik Tokyo hulur bantuan kepada mangsa banjir di Selangor
Juara dunia sebanyak enam kali itu mengorbankan masa sebagai atlet dengan turun padang menghulurkan sumbangan.
Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah
Cheah Liek Hou berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.
Syabas Liek Hou, sumbang emas kedua di Paralimpik Tokyo - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan syabas kepada jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou.
Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia cuba dapatkan rakaman CCTV sebagai bahan bukti
Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin berkata, langkah itu bertujuan untuk dijadikan bahan bukti bagi tindakan lanjut yang akan dibuat selepas ini.
Paralimpik Tokyo 2020: Sidang media CDM jam 2.30 petang, perjelas status pingat Ziyad
Sidang media berkenaan bakal diadakan oleh pihak Chef-De-Mission (CDM) sebentar nanti bagi menjelaskan status pingat bagi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan fizikal) itu.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
COVID-19: 21 daripada 47 daerah di Jepun dalam perintah darurat
Kekhuatiran memuncak ketika negara itu sedang melangsungkan sukan Paralimpik Tokyo sehingga 5 September depan.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
Paralimpik Tokyo 2020: Jamery Siga tidak sia-siakan pesanan mendiang isteri
Jamery mahu bangkit semula daripada kegelapan dan kini berusaha ke arah mencapai misi dalam Sukan Paralimpik Tokyo.