KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.
Tindakan itu sekali gus mengurangkan kerusi pembangkang kepada lima kerusi.
Perkara itu diumumkan oleh Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dalam sidang media khas di DUN Sarawak dekat sini pada Ahad.
“Pada hari Jumaat, 12 Ogos 2022 saya menerima sepucuk surat daripada YB See Chee How, ADUN kawasan N11 Batu Lintang. Dalam surat tersebut beliau menyatakan beliau telah meletak jawatan sebagai ahli PSB berkuat kuasa serta merta.
“Dengan peletakan jawatan beliau sebagai ahli PSB maka kedudukan keahlian parti-parti di DUN sarawak adalah seperti berikut; GPS 76 kerusi, PSB tiga kerusi, DAP dua kerusi, dan Bebas satu kerusi,” jelas Asfia.
Menurut Asfia, Chee How bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang alasan mengenai tindakannya keluar parti tersebut dan dalam masa sama menegaskan ADUN Batu Lintang itu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.
“YB See Chee How merupakan seorang yang peribadinya disenangi, cemerlang dan cekap. Beliau bijak dalam membentangkan pandangan dan pendapat di dewan. Beliau juga salah seorang ahli jawatankuasa perundingan dalam menasihati dewan mengenai MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).
“Saya doakan yang terbaik baginya dan saya yakin beliau boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli DUN dan menyumbang kepada kawasannya dan Sarawak secara amnya,” tambahnya.
Menurut Asfia, pihaknya akan mengambil tindakan menyusun semula kedudukan barisan pembangkang yang mana ahli bebas itu tidak akan duduk bersama pembangkang.
Dalam perkembangan berkaitan, Asfia berkata persidangan DUN Sarawak yang seterusnya akan dilakukan pada November depan iaitu selepas selesai pembentangan Belanjawan Malaysia.
Untuk rekod pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Disember lalu, Chee How memenangi kerusi Batu Lintang dengan majoriti 93 undi dalam pertembungan lima penjuru melawan Sih Hua Tong (GPS), Cherishe Ng (PKR), Voon Lee Shan (PBK) dan Alex Leong (Aspirasi).
Sementara itu, Setiausaha Agung PSB George Lo ketika dihubungi berkata Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Fadilah Sulaiman
Sun Aug 14 2022
Chee How (gambar) bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang alasan mengenai tindakannya keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB).
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Tiada PRK, Batu Lintang kekal milik Chee How - Speaker DUN Sarawak
Asfia menjelaskan, kuasa untuk melucutkan keahlian DUN melalui Perkara 17(7)(a) Perlembagaan Negeri Sarawak tidak terpakai kepada situasi Chee How.
Chee How bergerak solo, tidak berniat sertai parti politik
Bagaimanapun Chee How sedia untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kesejahteraan bersama terutama pengundi di kawasannya.
Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan?
See Chee How dijangka membuat sidang media berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB), Selasa depan.
See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.
Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari
Semua dilakukan demi kebaikan negeri Bumi Kenyalang, tiada niat lain.
Baru Bian, Chee How pilih Parti Sarawak Bersatu
Baru Bian dan See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada PKR.
PH tidak mungkiri janji 20 peratus royalti petroleum - PKR Sarawak
Naib Pengerusinya See Chee How berkata kerajaan persekutuan yang diterajui PH telahpun mengambil langkah pertama untuk menunaikan janji tersebut.
Zuraida, Menteri Kabinet Pakatan Harapan pertama melawat Sarawak
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Sarawak - yang pertama oleh seorang menteri Persekutuan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14.
Mavcom nafi uji pesawat peninjau JHS
Mavcom tidak mempunyai sebarang komunikasi dengan Jabatan Hutan Sarawak dan tidak bertanggungjawab terhadap ujian teknikal pesawat seperti dinyatakan dalam laporan berita itu.
Pembelian pesawat: PKR Sarawak buat laporan polis
Naib Pengerusinya See Chee How membuat laporan itu di Balai Polis Bahagian Kuching di sini.