KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini sudah memasuki lebih dua bulan selepas tragedi itu berlaku di Damansara Damai, Petaling Jaya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata walaupun berdepan dengan cabaran termasuk dalam mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, namun pihak polis tidak berputus asa dan meneliti setiap maklumat diterima, untuk menyelesaikannya kes itu.
Beliau berkata setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan.
"Pada ketika ini, pasukan saya masih melihat bahagian teknikal, kebanyakan keputusan forensik sudah ada dan cabaran kita ialah kita tidak dapat kenal pasti lokasi utama kejadian... yang kita dapat ialah lokasi kedua.
"Kita masih menunggu, masih lagi cuba buat penyegitigaan selain memperhalusi beberapa perkara teknikal termasuk kenyataan yang dikumpul daripada orang ramai," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya menjangkakan mungkin akan mendapat maklumat baharu, selepas Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri A Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000, kepada individu yang dapat menyalurkan maklumat sehingga penjenah terlibat diberkas.
"Mungkin RM20,000 ditawarkan beri motivasi kepada orang yang melihat sebagainya untuk beri petunjuk baru dan apa sahaja petunjuk kita akan proses (siasat)," katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak terus meletakkan ibu bapa Zayn Rayyan dalam keadaan tertekan, dengan mengaitkan mereka kes pembunuhan anak mereka, kerana pasangan itu tidak terlibat.
Pada 5 Dis tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Mohd Shuhaily berkata walaupun berdepan dengan cabaran termasuk dalam mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, namun pihak polis tidak berputus asa. - Foto Bernama
Masters Malaysia: Lee Zii Jia terkilan gagal peraga aksi terbaik
Dia kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu.
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Rusia sorok mayat Alexei Navalny?
Navalny dilaporkan meninggal dunia pada usia 47 tahun di penjara terpencil IK-3 di Bulatan Artik pada Jumaat.
Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod
Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan ESSCom, Mat Zaki dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti kekasih.
Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan
Penemuan terbaharu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi media malam ini.
Kes Bunuh Zayn: Pasukan Forensik PDRM tiba di lokasi kejadian
Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki lokasi kejadian pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada petang Isnin.
India keluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada
India pada Rabu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada berikutan hubungan diplomatik yang semakin tegang ekoran kes pembunuhan seorang aktivis Sikh Kanada.
Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen
Pembunuhan Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.
Model Hong Kong dibunuh kejam, keluarga bekas suami suspek utama
Cebisan anggota badan Abby Choi ditemui di sebuah rumah yang didirikan sebagai tapak penyembelihan.
Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Aznor Sheda Shamsuddin, saksi ke-14 pendakwaan (PW14) menukar keterangannya selepas dipanggil semula pada tahun ini buat kali kedua.