GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah di negeri itu selepas menahan empat individu termasuk sepasang kekasih dalam serbuan di tiga lokasi di negeri itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut , Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sindiket terbabit cuba mengaburi mata pihak polis apabila membungkus semula dadah menggunakan pek jus minuman sebelum menjualnya di pusat-pusat hiburan di sekitar negeri itu.
Katanya, taktik itu terbongkar selepas polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Timur Laut membuat tangkapan ke atas suspek pada 28 September bermula pukul 2.30 petang hingga 8.30 malam.
Soffian berkata, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Jelutong, polis menahan lelaki tempatan berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu e- hailing bersama teman wanitanya yang berusia 29 tahun.
Penahanan itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek sekali gus berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM168,034.
“Kebiasaannya dadah jenis pek minuman ini adalah untuk kegunaan pusat hiburan dan kebiasaannya apabila digunakan di pusat hiburan ia adalah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Berdasarkan apa yang kita dapati dadah ini telah dicampur, dibungkus semula dan dijual antara RM150 hingga RM200 di pusat hiburan,” kata Soffian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, pada Isnin.
Beliau memaklumkan, siasatan juga mendapati sindiket yang aktif sejak pertengahan Jun lepas menggunakan aplikasi WeChat sebagai medium menjual dadah kepada pelanggan di negeri itu.
“Hasil siasatan kita juga mendapati modus operandi sindiket ini menggunakan kaedah WeChat… kaedah ini popular sebab pada mereka kaedah ini selamat untuk aktiviti jualan dadah,” jelasnya.
Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis MDMA, ketamin ,pil ekstasi dan pil erimin 5 dengan keseluruhan nilai rampasan dadah termasuk sitaan bernilai RM297,184.
Katanya selain dadah, polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk membungkus semula dadah dan juga dua kenderaan yang digunakan suspek.
Menurut Soffian, jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan 1,000 orang penagih.
Dalam pada itu, Soffian menjelaskan, ketika anggota polis mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan suspek ketiga, suspek bertindak memecut kenderaannya dan cuba melanggar kereta dinaiki polis .
Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tujuh das tembakan yang mengenai tayar kereta suspek sebelum mengejar suspek sejauh lapan kilometer dan berjaya menahannya.
Ujian saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah manakala tiga yang lain negatif dadah.
Soffian berkata, kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman bermula 29 September sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 susulan sitaan wang tunai berjumlah RM1,150 serta dua kenderaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Oct 03 2022
Soffian Santong (tiga dari kiri) menunjukkan rampasan dadah yang dibbungkus semula menggunakan pek jus minuman dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, George Town, pada Isnin.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Jadual padat, usaha tarik pelaburan Asia Barat di Qatar
Misi Malaysia untuk menarik pelaburan baharu dari Asia Barat diteruskan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei.
12 samseng jalanan Taiping ditahan polis
Seramai 12 lelaki ditahan dan 57 buah motosikal disita dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth, dekat batu 5, Changkat Jering di sini pada awal pagi Ahad.
[TERKINI] Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan
Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan pada Ahad.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
Madinah jadi saksi pertemuan keluarga dan anak
Selepas setahun tidak bertemu, seorang anak, pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah bersyukur dapat membawa sendiri ibu bapanya, yang juga jemaah haji musim 1445H/2024M untuk ziarah luar di Madinah.
Tenaga Boleh Baharu: Pulau Borneo berpotensi besar jadi pembekal
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui (RE).
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000
Dadah ini cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot ke negara jiran, Indonesia.
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat Kuching pada 6 Mac lepas.
Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak
Polis telah melaksanakan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lepas.
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.
Polis tahan 10 lelaki tempatan terlibat sindiket dadah
Menurut DSP Norhisham, polis menahan 10 lelaki lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah.
Lapan lagi ahli Geng Upik termasuk bekas anggota polis diburu
Lapan termasuk seorang bekas anggota polis yang dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dikenali Geng Upik sedang diburu polis.
Polis lumpuh sindiket edar jus minuman campuran pelbagai dadah di pusat hiburan
Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dan memproses dadah selepas menahan enam individu termasuk dalam serbuan sekitar Lembah Klang.
Sindiket pengedaran dadah melalui Telegram tumpas
Polis membongkar satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja di aplikasi Telegram dengan penahanan empat lelaki warga tempatan di kawasan Taman Perindustrian Glenmerie, Ahad lepas.
Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.