Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan kerana disyaki terlibat dengan rasuah di dua lokasi di Selangor dan satu di sini hari ini.
Mereka yang ditahan dalam operasi khas SPRM merupakan dua pegawai polis berpangkat Inspektor yang juga ketua balai polis, lima anggota polis, empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
Menurut sumber, kesemua mereka ditahan SPRM Selangor pada pukul 9 pagi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.
Sumber itu menjelaskan risikan SPRM selama hampir tiga bulan mendapati kesemua mereka menerima rasuah secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor.
"Mereka ini diamanahkan mengambil tindakan terhadap pengusaha premis yang melanggar undang-undang.
"Sebaliknya mereka telah menyalahgunakan kuasa dengan menerima rasuah bagi melindungi premis yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggaji pendatang tanpa izin dan melanggar aspek keselamatan kebakaran," katanya kepada Bernama hari ini.
Sumber itu berkata siasatan mendapati mereka bukan sahaja menerima rasuah malah menggalakkan perkembangan kegiatan tidak bermoral dalam premis urut berkenaan.
"Siasatan awal mendapati premis urut haram ini menyediakan perkhidmatan pelacuran secara terbuka dan mereka tidak takut menjalankan kegiatan itu kerana mendapat perlindungan daripada penguat kuasa pelbagai agensi.
"Kesemua suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap premis urut," katanya.
Menurut sumber itu lagi, SPRM turut merampas wang tunai RM25,000 daripada seorang inspektor di rumah dan pejabatnya.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM, Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
"Kesemua suspek yang berusia antara 26 dan 53 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam esok untuk direman," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 13 2017
Menurut sumber, SPRM turut merampas wang tunai RM25,000 daripada seorang inspektor di rumah dan pejabatnya. - Foto SPRM
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
SPRM tahan sembilan anggota penguat kuasa dipercayai minta, terima rasuah
Kesemua 11 suspek itu ditahan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari Isnin ketika diminta hadir memberi keterangan.
SPRM tahan 2 individu termasuk penguat kuasa terima suapan lebih RM100,000
SPRM menahan dua lelaki disyaki menerima rasuah kira-kira RM105,000 bagi tujuan mendapatkan surat jaminan kemasukan warga asing ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelaut.
Rasuah libat penguat kuasa kini semakin 'tenat'
Isu sogok sebenarnya bukan sahaja melibatkan Maritim Malaysia tetapi juga Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya.
Peniaga wanita dikompaun kerana tidak patuhi waktu perniagaan ketika Ramadan
Wanita itu menyediakan makanan dan memasak lauk sekitar 20 hingga 30 bungkus, untuk dijual kepada pelanggan yang tidak berpuasa.
Korupsi dalam kalangan anggota penguat kuasa semakin kronik, membimbangkan - SPRM
Kebanjiran PATI, pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak berintegriti.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Badan penguatkuasaan perlu ambil tindakan tanpa kira kedudukan, fahaman - PM Anwar
Anwar berkata, usaha memperbetulkan kekhilafan, umpamanya soal kewangan yang dirompak, sentiasa mendapat tentangan luar biasa.
APMM sedia bekerjasama dengan SPRM hapus 'suapan bulanan'
APMM memandang serius perkara berkenaan dan akan bersama SPRM dalam menghapuskan jenayah yang tidak bermoral itu.
Rasuah lulus ujian GDL: SPRM tahan 6 individu termasuk penguat kuasa
Kesemua suspek disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah antara RM300 dan RM650 daripada pemohon.
2,200 penguat kuasa KPDNHEP digerak pantau stesen minyak
Seramai 2,200 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digerakkan untuk melaksanakan pemeriksaan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara.