KUALA LUMPUR: Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata berdasarkan kepada jadual perolehan, dua pesawat pejuang ringan itu dijangka diterima pada suku ketiga 2026 dan selebihnya akan diterima secara berperingkat hingga penghujung 2027.
"Nilai perolehan (pesawat) ialah RM3.8 bilion. Perolehan pesawat ini berdasarkan perancangan TUDM, iaitu Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) yang menyasarkan perolehan pesawat platform tunggal dua tempat duduk yang berkemampuan melaksanakan tugas dwifungsi iaitu sebagai pesawat latihan lanjutan untuk tujuan latihan bakal juruterbang pejuang dan juga sebagai pesawat tempur ringan (LCA) bagi keperluan operasi.
"Berdasarkan perancangan pesawat, LCA ini akan dipakai hingga 2045 berdasarkan polisi casting, pesawat pejuang serta akan melalui program mid-life upgrade iaitu bagi memastikan ia kekal beroperasi hingga 2055," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang ingin tahu jangkaan perolehan status terkini pembelian 18 pesawat FA-50M bagi kegunaan TUDM.
Semasa pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada Mei tahun lepas, Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa utama Korea Selatan Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani kontrak untuk memperoleh 18 pesawat pejuang ringan FA-50M.
Pesawat pejuang ringan FA-50M yang bakal diperoleh TUDM ialah varian FA-50 Block 20 yang paling moden dan berkeupayaan, berbanding varian lain yang diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.
Pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 buatan Korea Selatan itu, turut digunakan oleh tentera udara Thailand, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Adly berkata, dua pesawat pejuang ringan itu dijangka diterima pada suku ketiga 2026 dan selebihnya akan diterima secara berperingkat hingga penghujung 2027. - Gambar fail
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di Sabah berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Status kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang FA-50M TUDM capai 26.7 peratus
Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
MINDEF peruntuk RM69 juta kepada TUDM selenggara rumah anggota
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM69 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membaik pulih dan menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.
Maut ketika bertugas: TUDM anugerah kenaikan pangkat secara anumerta
Penganugerahan disampaikan kepada balu ketiga-tiga anggota bersama cek tuntutan kematian skim takaful berkelompok Angkatan Tentera Malaysia.
Tiada kuota bagi wanita jadi juruterbang TUDM
Wanita mempunyai peluang luas untuk menyertai TUDM sebagai juruterbang, hanya perlu penuhi syarat dan kelayakan selain melepasi ujian ditetapkan.
TUDM sahkan pesawat Beechcraft B 200T lakukan pendaratan cemas di Subang
Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik TUDM melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.