BANTING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak akan meletakkan jawatan di sebalik konflik berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada 21 Julai lalu.
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang.
BACA: Takiyuddin perlu jernihkan keadaan, mohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong - Nazri
“Takiyuddin tidak letak jawatan. Ini keputusan (pembatalan Ordinan Darurat) kolektif daripada Kabinet, bukan tindakan seorang Menteri sahaja.
“Tiada tukar jawatan, tiada tukar portfolio, beliau kekal sebagai menteri dan kita buat apa yang patut buat untuk rakyat dan negara,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi Program Vaksinasi untuk Sektor Agrikomoditi (VACOMS) di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Takiyuddin akan meletakkan jawatan selepas Ahli Parlimen pembangkang berulang kali mendesak beliau melakukan sedemikian.
BACA: Semua Ordinan Darurat dibatalkan, Anwar persoal pengumuman Takiyuddin
BACA: Hanya Agong yang boleh batalkan Proklamasi Darurat - Shafie Apdal
BACA LAPOR LANGSUNG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis bertukar bingit apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Takiyuddin meletakkan jawatan.
BACA: Tandatangan Agong tidak perlu untuk batal Ordinan Darurat - Sri Ram
Kekecohan itu berlaku selepas Anwar membaca kenyataan terbaharu daripada Istana Negara berkaitan pembatalan Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai lepas.
Membacakan kenyataan tersebut, Anwar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan pada 26 Julai lalu oleh Takiyuddin.
Anwar yang memetik kenyataan tersebut berkata, kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh Baginda.
Astro Awani
Tue Aug 03 2021
Khairuddin menegaskan, Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang dan tidak akan meletakkan jawatan di sebalik konflik yang berlaku baru-baru ini. - Gambar fail
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.