KUALA LUMPUR: Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
Ketua Penyelidik Ekuiti Maybank Investment Bank (Maybank IB), Wong Chew Hann bertanya, RM100 bilion yang dianggarkan itu juga - adakah telah meliputi segala-galanya seperti faedah semasa pembinaan atau hanya kos pembinaan semata-mata?
"Anda membahagikan (kos) dengan 30 tahun dan berdasarkan anggaran matematik, ia melebihi RM3 bilion setahun dari segi susut nilai.
"Bagi sektor swasta, anda terlibat dalam perniagaan disebabkan anda mahu membuat untung. Ini bermakna anda perlu mendapatkan kembali pulangan RM100 bilion yang mencecah lebih RM3 bilion setahun dari segi hasil yang perlu diperolehi semula,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Maybank IB’s 2024 Market Outlook pada Jumaat lalu.
Ditanya komen beliau mengenai kebolehlaksanaan projek HSR setelah firma Jepun dilaporkan menarik diri daripada membida projek tersebut, Chew Hann berkata: "Mampukah projek ini memberi pulangan dari segi jumlah penumpang? Bolehkah mendapat pulangan RM3 bilion setahun? Saya tidak fikir ia mampu," katanya.
Agensi berita Jepun, Kyodo News East baru-baru ini melaporkan Japan Railway Co, telah memutuskan untuk tidak terlibat dalam projek HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura kerana projek itu terlalu berisiko tanpa bantuan kewangan kerajaan Malaysia.
Sementara itu, menurut Chew Hann, kebanyakan projek infrastruktur utama seperti HSR di China dan Jepun dibiayai kerajaan sama ada sepenuhnya atau sebahagian.
“(Kerajaan) perlu terlibat. Bagaimanapun, saya memahami pandangan kerajaan (yang mahukan projek ini dibiayai sepenuhnya sektor swasta) disebabkan RM100 bilion boleh memberi tekanan kepada kewangan negara," jelasnya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneliti kesan penarikan diri firma Jepun daripada projek HSR Kuala Lumpur-Singapura. MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) sebelum ini melancarkan proses Permintaan Maklumat (RFI) bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR KL-Singapura.
Malaysia dan Singapura pada 2013 bersetuju untuk membina projek sepanjang 350 kilometer yang dijangka memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit.
Namun, pada 1 Januari 2021, kedua-dua negara mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.
Pada Mac 2021, Malaysia mengumumkan pembayaran kira-kira RM320 juta kepada Singapura sebagai kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan perlanjutan penangguhannya.- Dagang News
Dagang News
Mon Jan 15 2024
Malaysia dan Singapura pada 2013 bersetuju untuk membina projek sepanjang 350 kilometer yang dijangka memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit. - Gambar/ Dagang News
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
HSR Jakarta-Bandung jadi contoh baik di Asia Tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn berkata kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung bukan sahaja merupakan HSR pertama di Indonesia bahkan di Asia Tenggara dan menjadi contoh baik di rant