KUALA LUMPUR: Peralihan Monsun Barat Daya yang baru melanda negara sejak 14 Mei dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya situasi jerebu dalam tempoh dua bulan akan datang.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Mohd Hisham Mohd Anip, seluruh negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun yang menyaksikan berlakunya hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan.
Menurut beliau lagi, Monsun Barat Daya akan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas.
"Bila kita masuk ke kemuncak Monsun Barat Daya yang kita jangka sekitar Jun, Julai atau Ogos nanti, maka cuaca akan lebih kering, lebih panas, dan ketika itu kita boleh jangkakan akan berlakunya jerebu terutamanya jerebu tempatan.
"Andai kata berlakunya cuaca yang sama di Indonesia, iaitu cuaca yang kering, maka kemungkinan berlakunya jerebu rentas sempadan akan ada," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya lagi, jerebu rentas sempadan berkemungkinan terjadi sekitar Ogos hingga Oktober.
Ketika ini, jelasnya, MetMalaysia tidak menjangkakan sebarang perubahan cuaca yang ekstrem termasuk masalah jerebu yang serius bagi bulan Mei dan Jun memandangkan negara masih baru melalui proses peralihan monsun ke Monsun Barat Daya.
Monsun Barat Daya pula secara lazimnya akan berlangsung sehingga sekitar pertengahan atau penghujung September, tambah Mohd Hisham.
Menyentuh keadaan taburan hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara yang berlaku kebelakangan ini, beliau menjelaskan bahawa keadaan tersebut adalah situasi biasa ketika awal peralihan monsun.
Justeru orang ramai tidak perlu khuatir memandangkan ia hanya bersifat sementara.
"Dalam beberapa hari yang lepas kita dapati ada aktiviti ribut petir yang agak menyeluruh, namun melihat kepada tinjauan cuaca atau jangkaan cuaca untuk tempoh seminggu ke hadapan, ia menunjukkan bahawa tidak ada cuaca yang signifikan akan berlaku seperti mana sehari dua yang lepas," katanya lagi.
Walau bagaimanapun, katanya, kejadian ribut petir masih boleh berlaku namun dijangkakan hanya pada skala yang lebih kecil sahaja.
Malah, jelasnya, bagi kawasan Semenanjung Malaysia, keadaan cuaca diramal akan lebih banyak mengalami keadaan panas berbanding hujan.
Keadaan ribut petir bagi tempoh yang sama, katanya, akan lebih aktif dan tertumpu di kawasan Sabah dan Sarawak.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed May 18 2022
Peralihan Monsun Barat Daya yang baru melanda negara sejak 14 Mei dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya situasi jerebu dalam tempoh dua bulan akan datang. -Gambar fail/Bernama
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
Kes kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda akibat jerebu - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, negara terpaksa berhadapan dengan kos yang sangat besar akibat jerebu yang melanda negara.