MELAKA: Kadar tempahan bilik di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini meningkat kepada 70 peratus sejak Januari tahun ini seiring dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM224) yang menarik kunjungan pelancong menginap di negeri ini.
Pengurus Besarnya Sazali Sabri berkata jumlah itu bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding hanya sekitar 40 hingga 50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
"Kebanyakan tempahan yang diterima adalah daripada kumpulan pelancong luar negara seperti China dan Korea Selatan iaitu meliputi kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan 200 bilik yang ada di hotel ini.
"Kita dalam fasa pemulihan selepas lebih dua tahun operasi hotel terjejas apabila terpaksa ditutup tetapi kini kita dapat lihat prosesnya berjalan dengan rancak," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Bufet Ramadan di sini malam tadi.
Sementara itu Sabri berkata sepanjang Ramadan tahun ini pihaknya menawarkan kira-kira 180 sajian bagi Bufet Iftar Cita Rasa Chef Rahim serta pakej moreh, selain turut meraikan 60 pelajar dari Sekolah Rendah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Merlimau Pasir dalam majlis berbuka puasa.
Dalam pada itu beliau berkata walaupun tahun ini berlaku peningkatan harga barangan di pasaran, pihaknya hanya menaikkan harga pakej iftar sebanyak RM10 iaitu RM98 untuk dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak.
"Dalam masa sama jumlah menu telah ditambah selain kita turut menawarkan baucar pembelian awal dengan diskaun harga dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Pelancong dari luar negara yang menaiki kapal persiaran mewah Seabourn Encore (tengah) dibawa menggunakan bot kecil untuk transit di Melaka, menerusi jeti di Kompleks ICQS Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai. - Gambar fail/BERNAMA
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
145 usahawan berkampung di Melaka sempena SDSI bermula 6 Okt ini
Sebanyak 145 usahawan dari 14 negeri bakal memeriahkan Pameran SDSI MADANI Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MITC di sini selama tiga hari bermula Jumaat.
Anugerah Seri Melaka rai tokoh anak kelahiran negeri - Rauf
Kerajaan negeri akan memperkenalkan Anugerah Seri Melaka (ASM) bagi meraikan tokoh-tokoh anak Melaka yang berjaya serta menyumbang khidmat bakti di peringkat nasional mahupun di persada dunia.
Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf
Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini.
Melaka sasar tiga projek usaha sama, pastikan anak syarikat capai keuntungan 20 peratus
Kerajaan Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya tiga projek usaha sama dilaksanakan anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama rakan kongsi perniagaan baharu dalam tempoh lima tahun.
Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM
Penutupan jalan itu hanya membabitkan bulatan MITC menghala ke laluan masuk Hotel MITC bermula 8 pagi esok hingga 6 petang 16 Okt.
Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja
Peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.