SINGAPURA: Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall di sini dari 12 hingga 14 April.
Aroma nasi lemak dan roti canai selain daripada bak kut teh menggunakan ayam, membangkitkan selera dan menarik minat pengunjung untuk mencuba sendiri cita rasa warisan kulinari Malaysia di dalam pameran pelancongan selama tiga hari itu.
Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Singapura Mohana Murni Shanmugam berkata budaya sarapan Malaysia dipilih untuk diketengahkan di pameran pelancongan ini sejajar dengan permohonan kerajaan untuk menyenaraikannya sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Kami rasa teruja untuk mengetengahkan budaya sarapan pagi Malaysia dan memberikan peluang kepada pengunjung kulinari tulen kegemaran Malaysia.
"Kami percaya budaya sarapan pagi Malaysia adalah unik dan menjadi sebahagian daripada warisan negara, dan wajar diiktiraf dan dipromosi dalam persiapan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026,"katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demostrasi pembuatan teh tarik secara langsung oleh Raja Teh Tarik Fakir Mohd Jamal Mohd dari Kedah yang mempamerkan kesenian dalam menghasilkan teh tarik yang merupakan minuman ikonik di Malaysia.
Mohana Murni berkata pada tahun ini Malaysia menyasarkan untuk menyambut ketibaan 27.3 juta pelancong antarabangsa dengan 10 juta daripadanya ialah dari Singapura, menjana perolehan sebanyak RM102.7 bilion menerusi pelancongan.
Beliau berkata pada tahun lepas Singapura merupakan sumber teratas pasaran pelancong ke Malaysia menyumbang sebanyak 8.3 juta ketibaan pelawat.
Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026, sejumlah 35.6 juta pelancong disasarkan tiba dengan membawa unjuran perolehan sebanyak RM147.1 bilion, katanya.
Malaysia Travel Escapade 2024 juga menawarkan sedikit sebanyak gambaran kebudayaan Malaysia yang dinamik daripada pameran kraftangan tradisional dan produk termasuk lada hitam Sarawak, gula apong dan gula kelapa selain daripada perkhidmatan spa yang menyegarkan tubuh daripada kelesuan, ihsan daripada Persatuan Spa Malaysia (AMSPA).
Pengurus Spa Manja Roselyn berkata antara tawaran dalam pameran itu termasuk pakej dua jam bernilai S$48 untuk pelanggan spa itu yang berada di Johor Bahru.
"Pelanggan kami adalah 50:50 antara orang tempatan dan Singapura. Spa merupakan satu daripada tarikan utama untuk warga Singapura semasa mereka melawat Malaysia. Pameran ini memberikan peluang kepada kami untuk mempromosi produk kami dan pengalaman spa Malaysia kepada warga Singapura dan membantu meningkatkan pelancongan di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demostrasi pembuatan teh tarik secara langsung oleh Raja Teh Tarik Fakir Mohd Jamal Mohd dari Kedah. - Foto BERNAMA
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia
Kerjasama antara negeri perlu bagi meningkatkan pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara.
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.
'Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat
Perlis ketengah identiti destinasi eko pelancongan unggul bagi menarik kedatangan pelancong dan ia disemarakkan dengan pelbagai kerjasama.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan
Tourism Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa dan agensi pelancongan.
Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.
MyCEB jangkakan lebih 270 acara pada 2024
Pada tahun lepas, Malaysia menjadi lokasi bagi penganjuran 253 acara merangkumi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran pelancongan.
Tourism Malaysia jangka lebih ramai pelancong Indonesia tahun ini
Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.