KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa semua vaksin yang digunakan di bawah Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara berkesan menentang varian Delta.
Mengambil Labuan dan Sarawak sebagai contoh, katanya, vaksinasi telah berjaya mengurangkan kadar kemasukan ke hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mengurangkan keperluan pengunaan ventilator.
Beliau yakin kes di Lembah Klang juga akan berkurangan selepas mencapai 50 peratus penduduk dewasa lengkap dua dos vaksin menjelang 31 Ogos ini.
"Kita sudah mula melihat perkembangan positif. Di Lembah Klang apabila kita mula memberi vaksin kepada warga emas lebih 60 tahun, jumlah pesakit di Hospital Sungai Buloh menurun dan kini kumpulan berusia 40 hingga 59 tahun dan 20 hingga 39 tahun juga menurun dalam seminggu yang lalu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021 secara maya hari ini.
Dr Noor Hisham berkata daripada 67 penjujukan genom dilaksanakan di negara ini dari 17 Julai hingga Ogos ini, 66 disahkan sebagai varian Delta.
Menurutnya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught adalah lebih tinggi bagi varian Delta dan oleh itu lebih banyak penularan berbanding virus Wuhan yang mencetuskan pandemik pada 2019.
"R-naught untuk virus Wuhan bermula dari 2.5, bermakna seseorang boleh menjangkiti 2.5 orang tetapi kini virus ini (Delta) dilaporkan pada kadar lima hingga lapan...bermakna jika 100 orang dijangkiti, mereka boleh menjangkitkan 500 hingga 800 orang dalam satu kitaran. Ia sama seperti cacar air (11 hingga 12) dan campak (18)," katanya.
Katanya lebih banyak varian dijangka muncul sambil menambah bahawa mutasi berlaku apabila terdapat jangkitan yang menyebabkan virus masuk ke paru-paru dan membiak.
"Mungkin dalam tiga atau empat kitaran, kita boleh melihat lonjakan mutasi protein yang menjadi rintangan kepada vaksin dan mungkin kita tidak dapat mengesan daripada ujian. Kebimbangan itu wujud tetapi kita perlu melihat kepada penyelesaian, kaedah terbaik untuk membendung jangkitan ini," katanya.
Mengulas penggunaan ubat Ivermectin, Dr Noor Hisham berkata keputusan ujian klinikal berhubung keberkesanan ubat itu akan diperoleh bulan depan.
Beliau berkata kajian vitro (eksperimen di makmal) menunjukkan beberapa hasil tetapi kajian vivo (eksperimen terhadap organisma hidup) menunjukkan dos tinggi Ivermectin diperlukan untuk mencapai kesan antivirus dan ia mungkin memberi beberapa komplikasi lain.
Beliau menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kajian terhadap tiga jenis ubat untuk merawat pesakit COVID-19 seperti dumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu artesunate, imatinib dan infliximab.
Katanya ujian bersepadu terhadap ubat-ubatan yang digunakan pada masa lalu seperti Remdesivir, Hydroxychloroquine dan Lopinavir menunjukkan ia tidak berkesan menentang COVID-19.
Dalam perkembangan lain, katanya, seramai 190 gelandangan menerima suntikan lengkap pada fasa pertama dan 133 individu pada fasa kedua program 'Vaksinasi COVID-19 Gelandangan@WPKL' di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa semua vaksin yang digunakan di bawah PICK di seluruh negara berkesan menentang varian Delta. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.