KUALA LUMPUR : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hampir mencapai sasaran bagi fasa pertama apabila seramai 481,989 individu sudah menerima suntikan vaksin setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian infografik di akaun Twitter miliknya memaklumkan, Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 58,552.

Ini diikuti Perak (49,451), Sabah (41,125), Kuala Lumpur (37,254) dan Sarawak (36,103) diikuti negeri-negeri lain seperti berikut.


Ini diikuti Perak (49,451), Sabah (41,125), Kuala Lumpur (37,254) dan Sarawak (36,103) diikuti negeri-negeri lain seperti berikut.

Dalam perkembangan berkaitan, jumlah pendaftaran terkini penerima vaksin di MySejahtera juga menunjukkan peningkatan setakat Selasa dengan lebih 6.44 juta pendaftar (26.56 peratus).

Negeri yang merekodkan pendaftar tertinggi adalah Selangor dengan 1.84 juta diikuti Kuala Lumpur (568,047), Sarawak (501,262) dan Kedah (329,979) diikuti negeri-negeri lain seperti berikut.


Jumlah pendaftaran terkini penerima vaksin di MySejahtera juga menunjukkan peningkatan setakat Selasa dengan lebih 6.44 juta pendaftar (26.56 peratus).

Untuk rekod, program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing dengan sasaran fasa pertama untuk memvaksin sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan.