PUTRAJAYA: Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh tiga anak perempuannya, pada 2002.
Ini merupakan kali pertama Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati selepas Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 berkuat kuasa tahun lepas.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel itu menolak permohonan Junaidi Bambang selepas memutuskan keadaan kes itu tidak mewajarkan mahkamah menggunakan budi bicaranya di bawah pindaan baharu undang-undang tersebut untuk menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.
Panel itu turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Junaidi, 67, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 28 April 2005 atas kesalahan membunuh anaknya, Julaika, Julaiha dan Juriyanti yang masing-masing berusia dua, sembilan dan 11 tahun di kediaman mereka di Kampung Dusun Cini, daerah Pekan, Pahang antara 8 malam 27 Feb 2002 dan 3.30 petang keesokan harinya.
Lelaki itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang ditolak pada 12 April 2010 dan 8 Feb 2011.
Berdasarkan fakta kes, Junaidi tidak bersetuju dengan keputusan isterinya untuk membawa dua anak perempuannya tinggal di Melaka dan ini telah menyebabkan berlaku salah faham antara mereka. Pasangan itu mempunyai empat anak perempuan.
Junaidi mendakwa kakak iparnya yang isteri dan anak-anaknya tinggal di rumahnya di Melaka, mahu menjual anak perempuannya kepada sarang pelacuran.
Pada hari kejadian, isterinya pulang ke rumah dan mendapati pintu hadapan dikunci dengan mangga dan tiada reaksi daripada anak perempuannya apabila nama mereka dipanggil.
Dia kemudian memasuki rumah dari pintu belakang. Dia melihat Junaidi terbaring di dapur dengan mulut berbuih dan tiga anak perempuannya didapati terbaring di ruang tamu.
Terdahulu hari ini, peguam Junaidi Selvi Sandrasegaram meminta mahkamah menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup selama 35 tahun dengan menyatakan anak guamnya telah insaf dan berharap mahkamah dapat memberinya peluang untuk melakukan pembaharuan.
Beliau berkata Junaidi telah dipenjarakan selama 22 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari menggesa mahkamah mengekalkan hukuman mati itu dengan menyatakan ketiga-tiga anak lelaki itu telah dijerut dengan tali nilon.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh. - Gambar hiasan
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
Pemilu 2024: Undi awal di WTCKL sedikit kecoh
Di sebalik semangat rakyat Indonesia untuk menjalankan tanggungjawab bagi Pemilu dan Pilpres, keadaan di WTCKL dilihat kecoh.
Lelaki Indonesia dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai
Ketua Polis Daerah Kuantan berkata, mangsa dikenali sebagai Suprianto, berasal dari Bojonegoro, didakwa turun ke sungai sekitar 4 petang.
Warga Indonesia bunuh anak, gagal ganti hukuman mati kepada penjara seumur hidup
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.
21 individu termasuk 10 wanita ditahan dalam Op Dadu di Kuantan
Polis menahan 21 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah Kuantan semalam.
Pengasuh mengaku salah sembunyikan kelahiran bayi ditemui maut
Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas kesalahan menyembunyikan kelahiran di Kangar pada bulan lalu.
Lelaki maut terjun tingkat 17 lepas tikam isteri - Polis
Ketika pergaduhan berlaku, beliau berkata suspek lelaki berusia 44 tahun bertindak menikam isterinya, 37, di bahagian dada.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.