KUALA LUMPUR:Zoo Negara kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan tabung kecemasan hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi.
Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan.
Kos bulanan itu meliputi pembayaran gaji kakitangan berjumlah RM400,000, keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air sebanyak RM40,000, katanya ketika dihubungi Bernama.
Mat Naim menjelaskan Zoo Negara yang diuruskan oleh Malaysian Zoological Society, pada awalnya sudah mula menunjukkan momentum pendapatan yang agak memuaskan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu.
"Pada Jun, Zoo Negara merekodkan pendapatan sebanyak RM450,000, Julai (RM1 juta), Ogos (RM1.3 juta) dan September sebanyak RM850,000. Namun pada Oktober lepas kita hanya memperoleh RM150,000," katanya.
Baru-baru ini pendakwah dan aktivis sosial Ebit Lew menarik perhatian netizen apabila menghulurkan sumbangan makanan 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan serta sayur-sayuran kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.
Pada fasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan daripada pebagai lapisan rakyat termasuk melalui kempen Adopt an Animal telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar itu.
Berhubung kenyataan sesetengah pihak yang mempersoalkan tentang dana RM1.3 juta yang disalurkan oleh kerajaan pada April lepas, Mat Naim berkata dana tersebut hanya mampu menampung kos operasi selama sebulan.
Jelasnya sebahagian dana berkenaan iaitu sebanyak RM689,000 telah digunakan bagi membayar premium insurans tahunan panda di zoo berkenaan, dan selebihnya digunakan untuk skop operasi kebajikan haiwan seperti makanan, perubatan dan pencegahan penyakit.
Beliau berkata ketika gelombang pertama COVID-19 yang lepas, kerajaan telah membantu Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi mereka berikutan ketiadaan pengunjung akibat pelaksanaan PKP.
"Cuma sejak PKPB bermula 14 Okt lepas belum ada lagi bantuan yang diterima. Mungkin kerajaan dalam perancangan berdasarkan kaedah bersesuaian akan terus membantu pengurusan zoo di Malaysia yang amat terkesan dengan penutupan operasi secara berterusan ini memandangkan kos yang perlu ditanggung adalah tinggi," katanya.
Mat Naim berkata mereka amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu Zoo Negara dan mereka yang berhasrat berbuat demikian boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Mat Naim berkata, ketika gelombang pertama COVID-19, kerajaan membantu Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi berikutan ketiadaan pengunjung. - Gambar fail
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Zoo Negara kembali alami krisis kewangan, tabung kecemasan bertahan tiga bulan
Penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan.
Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.
Selamat tinggal panda Nuan Nuan ... kamu pasti dirindui
Anak panda gergasi pertama Malaysia, Nuan Nuan, yang kini berusia dua tahun akan diserah balik kepada kerajaan China pada 14 November 2017.
Zoo Negara nafi harimau mati ditembak
Zoo Negara merasa kecewa dan menafikan bahawa seekor harimau belang jantan telah ditembak sehingga mati.
Anak panda Liang Liang
Berukuran hanya 20 cm panjang, sebesar tapak tangan manusia, anak panda yang dilahirkan 1.45 petang Selasa kini berada dalam keadaan sihat.