Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada pihak lain yang memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) membabitkan Sabah dan Sarawak, selain pemimpin daripada Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi BN berkata, sentimen Sabah Untuk Sabahan atau Sarawak Untuk Sarawakian yang dibangkitkan pihak tertentu terutamanya pembangkang dilihat hanya sekadar retorik serta meraih perhatian semata-mata memandangkan kedua-dua negeri itu tidak pernah diperlecehkan seperti mana yang didakwa.
Menurutnya, ibarat sudah terang lagi bersuluh, hak Sabah memang kepunyaan rakyatnya begitu juga Sarawak namun, mengakui kekhilafan pemimpin terdahulu terutamanya bekas perdana menteri selama 22 tahun telah menyebabkan beberapa perkara di dalam MA63 terambil.
Tambah beliau, rakyat Sabah perlu berterima kasih dengan Ketua Bahagian UMNO Kimanis iaitu Datuk Seri Anifah Aman yang menjawat jawatan Menteri Luar sering kali memperjuangkan isu-isu MA63 sebelum ini sehinggakan suaranya didengar Perdana Menteri selain dijadikan sebahagian Manifesto BN baru-baru ini.
"Malah Datuk Seri Anifah telah dilantik oleh Perdana Menteri untuk mewaikili Kerajaan Persekutuan bagi mengkaji dan memperincikan perkara-perkara yang terambil atau terlepas pandang, inilah tokoh Sabah yang memperjuangkan MA63.
"Ertinya apabila jawatankuasa kabinet ini diwujudkan dan arahan daripada Perdana Menteri ertinya, kepedulian dan keprihatinan dibuat oleh Datuk Seri Najib kerana kita harus memperlakukan mana-mana isu yang telah termaktub dalam perjanjian itu harus dilaksanakan sepenuhnya sebagai usaha untuk menghargai Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena pelancaran Jentera BN Kimanis dan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pekan Bongawan, hari ini.
Selain Anifah, hadir sama dalam program itu adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussien, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan; Datuk Mohamad Alamin dan ADUN Membakut; Datuk Ariffin Arif.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut meminta rakyat Bongawan untuk terus mempercayai BN dalam membawa arus pembangunan di kawasan tersebut.
Beliau turut menambah, pucuk pimpinan meminta supaya majoriti undi di Parlimen Kimanis meningkat lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat BN sejak dulu.
"Saya doakan agar Datuk Seri Anifah serta kedua-dua pemimpin (BN Dun Bongawan dan Membakut) dicalonkan semula agar pada 9 Mei nanti (malam) diumumkan bahawa majoriti beliau melebihi 10,000.
"InsyaAllah.. begitu juga majoriti calon BN Bongawan dan Membakut lebih besar berbanding PRU13 lalu," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon Apr 23 2018
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman bergambar bersama Jentera Barisan Nasional Parlimen Kimanis pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan hari ini.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.