Skip to main content

Advertisement

AWANI Pagi: Automotif | Murah dan canggih atau mahal dan tahan?

AWANI Pagi: Automotif | Murah dan canggih atau mahal dan tahan?

Industri Automotif negara semakin meriah dengan kehadiran lambakan model-model baharu dalam pasaran negara sekaligus mencerminkan peningkatan persaingan yang kuat terutama dari jenama yang menawarkan harga murah dengan teknologi terkini berbanding jenama yang dikenali dengan ketahanan tetapi sedikit mahal harganya. Ini membuatkan rakyat Malaysia kadang-kala menjadi keliru dan dilema dalam memilih kenderaan baharu untuk kegunaan harian. Bersama Penganalisis Automotif, Hezeri Samsuri untuk merungkai selera pengguna kenderaan di Malaysia.