AWANI Pagi: Kes jenayah tular | Peranan media sosial dalam siasatan
Sejak kebelakangan ini, kita melihat semakin banyak kes jenayah yang tular di media sosial daripada pergaduhan, kemalangan, hinggalah insiden yang melibatkan keselamatan awam. Dalam banyak keadaan, video yang dirakam orang awam menjadi sumber utama maklumat, malah kadangkala lebih pantas daripada laporan rasmi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia. Namun, timbul persoalan besar adakah tindakan merakam dan menyebarkan ini membantu siasatan, atau sebenarnya boleh menjejaskan proses keadilan? Dan dalam keghairahan netizen berkongsi, di mana letaknya batas undang-undang?