AWANI Pagi: UPNM | Hasilkan penyelidikan & inovasi berimpak tinggi
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan inovasi daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu ResQLens yang membantu keselamatan operasi penyelamatan dan Tropic Shield yang merupakan salutan perlindungan mencegah kerosakan struktur dan lindungi aset marin.