Skip to main content
Advertisement
KPT henti prosiding tatatertib, beri kebebasan mahasiswa serta-merta - Zambry

KPT henti prosiding tatatertib, beri kebebasan mahasiswa serta-merta - Zambry

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menghentikan serta-merta semua prosiding tatatertib universiti awam berkaitan kebebasan bersuara, pandangan dan perhimpunan aman.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata langkah itu turut memberi pengecualian terhadap peruntukan AUKU yang mengehadkan kebebasan mahasiswa sementara pindaan Seksyen 15 dan 16 diteliti sebelum akta baharu dibentangkan.