ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mei 2022.

1. COVID-19: Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1

Jabatan Kesihatan Filipina pada Selasa mengesahkan penularan tempatan melibatkan kes subvarian Omicron BA.2.12.1, lapor Xinhua.

2. Hak Pekerja | Sepanyol bakal beri cuti haid

Sepanyol dijangka menjadi negara pertama di Eropah yang membenarkan pekerja mengambil cuti perubatan khusus ketika mengalami kesakitan akibat haid. Undang-undang baharu itu dijangka akan dibahas dan diluluskan pada Selasa ketika mesyuarat mingguan Kabinet.

3. NATO: Perancis akan perkukuh kerjasama pertahanan dengan Sweden, Finland

Perancis bersedia untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan Sweden dan Finland dalam usaha kedua-dua negara untuk mendapatkan keahlian NATO, lapor Sputnik.

4. Pemimpin Wanita | Elisabeth Borne wanita kedua jadi PM di Perancis

Elisabeth Borne dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis yang baharu menggantikan Jean Castex. Beliau menjadi wanita kedua memegang jawatan berkenaan dalam sejarah politik di Perancis.

5. Penyertaan NATO | Putin beri amaran kepada Sweden, Finland

Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran bahawa tindakan sekutu Barat mengalihkan tentera atau senjata ke kawasan kejiranan Nordic akan menimbulkan tindak balas negara komunis itu. Putin turut menegaskan bahawa penyertaan Sweden dan Finland ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak akan menjadi ancaman kepada Rusia.

6. Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19

Korea Utara pada Selasa melaporkan enam lagi kematian disyaki akibat jangkitan COVID-19 dan negara ini mengerahkan tentera untuk membekalkan ubat ke farmasi di Pyongyang, lapor Agensi Berita Yonhap.

7. Penyertaan Sweden, Finland dalam NATO tidak jadi ancaman - Putin

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin memberi amaran, tindakan sekutu Barat mengalihkan tentera atau senjata ke kawasan kejiranan Nordik akan menimbulkan tindak balas negara komunis itu.

8. Erdogan terus bantah hasrat Finland, Sweden sertai NATO

Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), yang diasaskan Amerika Syarikat.

9. 1 maut, 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona

Seorang maut dan sekurang-kurangnya 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona pada Isnin.

10. Elisabeth Borne dilantik Perdana Menteri Perancis yang baharu

Elisabeth Borne pada Isnin dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis yang baharu menggantikan Jean Castex.