Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam prosiding inkues kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu Mahkamah Koroner bahawa penggantinya akan ditentukan pihak KPKT dan Jabatan Peguam Negara.
"Saya difahamkan pihak KPKT dan bomba kekal dalam prosiding ini. Saya yakin Peguam Negara akan bincang bersama kementerian siapa yang akan ganti saya," katanya kepada Koroner Rofiah Mohammad.
Syazlin yang ditanya beberapa soalan oleh pihak media berhubung alasan beliau menarik diri dari sesi prosiding ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada menteri.
Selain beliau, saksi ke-29, bekas Pakar Forensik HUKM, Prof Dr Shahrom Abdul Wahid juga enggan mengulas mengenai kedudukan yang terbatal sebagai saksi pakar bagaimanapun ia masih terpulang kepada keputusan koroner jika keterangannya masih diperlukan pihak mahkamah.
Syazlin pada sesi awal prosiding pada Isnin membuat keputusan untuk menarik diri pada sesi prosiding yang telah masuk hari ke 37 di hadapan Koroner Rofiah Mohammad.
Hilmi Malik
Mon May 27 2019
SYAZLIN: Saya yakin Peguam Negara akan bincang bersama kementerian siapa yang akan ganti saya.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.
"Allah ada sesuatu yang lebih baik", bekas tunang Adib redha selepas setahun
Najihah turut mencatatkan tarikh yang memberi makna besar buatnya iaitu pada 17 Disember 2018 hingga 17 Disember tahun ini.
Mahkamah diminta percepatkan komital terhadap Peguam Negara
Mohamed Haniff Khatri berkata pihaknya juga tidak mahu kes komital itu ditangguhkan kerana kes tersebut mendapat perhatian semua pihak
"Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara" - Syazlin Mansor
Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih terkilan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas
"Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya"
Ibu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap agar keputusan prosiding inkues anaknya itu dapat diadili sepenuhnya.
Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos ini bagi keputusan berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.
Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan
Dr Amir Radzi Ab Ghani dari Universiti Teknologi Mara akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran melibatkan dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS
Sesi prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada hari ke-34 diteruskan dengan demonstrasi ringkas melibatkan kenderaan Van EMRS.
Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam Hasmi menolak kemungkinan Muhammad Adib Mohd Kassim ditolak dari arah hadapan sebelum bahagian rusuk belakang kirinya menerima impak daun pintu Van EMRS
Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi
Sekumpulan perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.