Kerajaan masih meneliti cadangan yang diterima untuk pengambilalihan pegangan Khazanah Nasional Bhd sebanyak 51 peratus di dalam PLUS Malaysia Bhd, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, kerajaan sedang menimbangkan kesan daripada pengambilalihan PLUS dari segi implikasi kewangan bagi melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna jalan raya untuk mengurangkan kos menggunakan lebuh raya.
"Antara langkah yang kita fikirkan ialah kita boleh kurangkan kadar tol ataupun adakah boleh kita hapuskan tol dalam masa terdekat kerana kalau kita nak rujuk kepada manifesto (Pakatan Harapan), ia tidak dinyatakan begitu.
"Manifesto jelas menyatakan kita akan bincang secara berperingkat dengan syarikat konsesi. Semua ini masih dalam pertimbangan kerana kita tidak mahu membebankan kedudukan kewangan kerajaan, sementara memberikan bantuan kepada rakyat dan pengguna lebuh raya," katanya kepada pemberita di luar acara Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2019, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita bahawa Kementerian Kewangan akan mengambil alih pegangan Khazanah di dalam PLUS.
BACA: Kerajaan terima empat tawaran ambil alih PLUS
Menurut laporan berita, Kementerian Kewangan (MoF) dipercayai berminat untuk mengambil alih pegangan Khazanah dalam PLUS berikutan Putrajaya mahu mencegah aset penting itu daripada jatuh ke tangan syarikat swasta.
Memetik sumber, laporan berita itu berkata, MoF akan membeli pegangan dalam konsesi lebuh raya terbesar negara itu dan mengekalkan aset itu dalam pegangan sektor awam, manakala cadangan pengambilalihan itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam waktu terdekat untuk dibincangkan.
Azmin berkata, beliau masih belum melihat cadangan yang dibuat oleh MoF.
"Kita belum buat keputusan sebab sekarang (PLUS) dimiliki oleh Khazanah sebanyak 51 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 49 peratus. Dari segi teknikal, kedua-dua ini adalah cabang pelaburan kerajaan, jadi kita melihat bagaimana mereka boleh membantu mendukung dasar kerajaan untuk mengurangkan tol lebuh raya yang berkenaan.
"Saya masih belum melihat cadangan (dibuat oleh MoF) kerana saya percaya perkara ini diteliti oleh Kementerian Kerja Raya," katanya.
Putrajaya sebelum ini mengesahkan ia menerima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS iaitu Widad Group Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd, RRJ Capital dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 06 2019
Kerajaan masih teliti cadangan yang diterima untuk pengambilalihan pegangan Khazanah Nasional Bhd sebanyak 51 peratus di dalam PLUS Malaysia Bhd. - Gambar fail
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.