Seorang penuntut sebuah sekolah agama di sini, menjadi mangsa 'kenduri seks' bapanya sendiri sejak tiga tahun lalu.

Menurut mangsa, tragedi ini bermula di sebuah pondok di ladang kelapa sawit di kampungnya, apabila diperkosa dengan kejam ketika dia berusia 12 tahun.

Mangsa selepas itu terus dijadikan pelepas nafsu buas bapanya berulang kali, dan kali ini di rumah mereka sendiri di Kampung Emplam, Kabong.

Kes ini terbongkar sekitar jam 8 pagi, 17 Ogos lalu, apabila mangsa meluahkan kisah hitam tersebut kepada guru kaunselingnya di Sekolah Menengah Kerajaan Agama Saratok.

Mangsa yang kini berusia 15 tahun, mengakui menjadi mangsa perkosa bapanya sebanyak tujuh kali termasuk insiden kelapa sawit itu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan kejadian berkata, susulan laporan daripada guru kaunseling tersebut, sekitar jam 11.00 pagi tadi, sepasukan anggota siasatan jenayah Saratok telah melakukan serbuan ke rumah keluarga tersebut dan berjaya menahan suspek yang berumur 48 tahun.

"Pihak kita akan mendapatkan tahanan reman terhadap suspek, yang juga seorang petani esok." ujarnya.

Mangsa katanya, kini telah dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan kesihatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.