Malaysia tidak akan tunduk terhadap sebarang resolusi untuk menghalalkan penggunaan dadah jika diluluskan mana-mana badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang usaha untuk menghalalkan penggunaan dadah dilihat sebagai di luar norma kemanusiaan kerana penyalahgunaan bahan itu mengundang pelbagai masalah sosial dan jenayah.
"Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi walaupun ada resolusi yang dibuat badan-badan antarabangsa untuk menghalalkan penggunaan dadah.
"Kerajaan berpendirian bahawa selagi penagihan dadah tidak dihapuskan 100 peratus maka selagi itulah permasalahan sosial melalui penagihan dadah dan pelakuan jenayah disebabkan oleh penagihan dadah ini berlaku," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) ke-42, di sini hari ini.
Katanya, bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah, Malaysia lebih menggunakan pendekatan holistik dengan menumpukan kepada usaha pembanterasan aktiviti penyeludupan, pengedaran dan pengeluarannya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan turut menekankan kepada aspek pemulihan kepada penagih dadah selain penerapan unsur keagamaan ke dalam diri mereka.
Beberapa negara Eropah dan Amerika Selatan dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada PBB supaya mengeluarkan resolusi untuk membenarkan penggunaan dadah secara persendirian.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menggesa agensi penguatkuasaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan untuk bekerjasama mengenal pasti pendekatan yang lebih holistik bagi menangani aktiviti penghasilan serta pengedaran dadah seterusnya membasmi kes penyalahgunaan bahan itu.
Katanya, langkah itu berikutan perubahan dalam aktiviti jenayah tersebut yang kini telah beralih kepada penghasilan dan pengedaran dadah sintetik yang sukar dikesan serta lebih memudaratkan berbanding dadah konvensional seperti ganja, heroin dan morfin.
Dalam pada itu beliau turut mengakui bahawa usaha membasmi penyalahgunaan dadah sehingga kini masih tidak berjaya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan selain banyak peruntukkan telah dibelanjakan.
Menurut beliau, salah satu faktor kegagalan itu adalah kerana permasalahan tersebut diletakkan di bahu kerajaan semata-mata sedangkan usaha perlu dilakukan secara bersama oleh pelbagai pihak termasuk institusi keluarga dan masyarakat.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta kepada Pemadam dan NGO (masing-masing RM5 juta) bagi menjalankan usaha-usaha mengurangkan gelaja penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri sebelum diagihkan kepada NGO berkenaan mulai tahun hadapan.
"Semoga dengan peruntukkan RM10 juta ini akan dapat digunakan sepenuhnya dan saya mahu lihat penurunan 50 peratus kes penagihan dadah pada tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2017
Ahmad Zahid turut menekankan kepada aspek pemulihan kepada penagih dadah selain penerapan unsur keagamaan ke dalam diri mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).
JAIPk, AADK gempur premis disyaki pusat pelacuran, 43 ditahan
Dalam operasi membanteras pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh, pada Jumaat malam, 43 ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita.
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.
Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.