KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima 370 pertanyaan dan aduan mengenai skim pelaburan haram setakat akhir September 2020 berbanding 317 bagi keseluruhan tahun lepas.
Pengerusi, Datuk Syed Zaid Albar berkata, sejak akhir-akhir ini, terdapat kemunculan 'penipuan syarikat klon' iaitu penipu akan meniru entiti berlesen yang sah untuk memperdayakan pelabur agar yakin mereka melabur dengan syarikat yang sah.
Beliau berkata, berdasarkan hasil dapatan SC, promosi bagi penipuan itu lazimnya dijalankan menerusi saluran media sosial - dengan penggunaan saluran WhatsApp dan Facebook adalah paling meluas.
"Pelabur yang mendapat tawaran peluang pelaburan melalui pesanan WhatsApp atau saluran Facebook perlu mengambil langkah berwaspada.
"Saya ingin menasihati pelabur supaya sentiasa mengesahkan status individu dan entiti berkenaan dengan pihak SC sebelum melaburkan wang dalam sebarang skim pelaburan," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada InvestSmart Fest 2020 secara maya anjuran SC di sini, hari ini.
Syed Zaid berkata, bagi enam bulan pertama tahun ini sahaja, rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM914 juta susulan penipuan.
Beliau berkata, kelemahan pelabur sehingga terdedah kepada penipuan ini mungkin sebahagiannya disebabkan harapan tidak realistik terhadap pulangan daripada pelaburan.
Berdasarkan kaji selidik SC pada awal tahun ini, ia menunjukkan majoriti pelabur di Malaysia mempunyai harapan tidak realistik iaitu 24 hingga 30 peratus pulangan setahun daripada pelaburan mereka, katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, keadaan mudah terdedah pelabur kepada penipuan ini juga ditambah dengan pencarian keuntungan dalam persekitaran kadar faedah rendah.
"Memandangkan penipuan pelaburan haram meningkat ketara, SC baru-baru ini telah menubuhkan Pasukan Petugas dalaman untuk menumpukan penyiasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku.
"Kami menggesa pelabur supaya memainkan peranan mereka dengan tampil ke hadapan memberi maklumat kepada SC sekiranya telah didatangi sebarang orang atau pihak yang menawarkan skim ini," katanya.
InvestSmart Fest 2020 merupakan acara pendidikan pelabur utama tahunan SC.
Ia mengetengahkan barisan pakar industri terkemuka untuk berkongsi pandangan mengenai peluang pelaburan, pengurusan kewangan, pelan persaraan, bagaimana pendigitalan memberi kesan kepada keputusan pelaburan di samping mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada apabila melabur.
Bagi edisi tahun ini, ia yang diadakan selama tiga hari mulai hari ini, secara maya buat kali pertama, telah menarik lebih 5,000 peserta setakat ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
Syed Zaid Albar berkata, sejak akhir-akhir ini, terdapat kemunculan 'penipuan syarikat klon' iaitu penipu akan meniru entiti berlesen yang sah untuk memperdayakan pelabur. - Gambar fail
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memenangi saman sivil dagangan orang dalam terhadap ketua pegawai eksekutif GW Plastics Holdings Bhd dan rakannya.
SC, Bursa Malaysia pantau konflik Asia Barat untuk jamin pasaran modal kekal stabil
Mereka turut memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Malaysia rekod 68 dana SRI berjumlah RM7.7 bilion setakat 31 Dis, 2023 - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan Malaysia merekodkan 68 dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) berjumlah RM7.7 bilion setakat 31 Dis 2023.
Dagangan orang dalam: SC menang saman terhadap CEO PKNP
SC telah berjaya membuktikan tuntutan saman terhadap Aminuddin yang difailkan pada 2021.
SC perkenal pendekatan penilaian skop berfokus kepada pengampang maklumat
Awang Adek berkata, platform pengumpulan dana dan pelaburan melalui pasaran swasta telah melalui pertumbuhan yang stabil.
SC umum garis panduan baharu mengenai kategori pelabur sofistikated
Ia mengukuhkan komitmen SC untuk mengekalkan daya saing dan kerancakan pasaran modal, sambil menggalakkan penyertaan lebih ramai pelabur.
Hap2py tidak dibenarkan kendali P2P di Malaysia - Suruhanjaya Sekuriti
SC menyenarai platform itu dalam Senarai Peringatan Pelabur SC, menyekat beberapa laman webnya dan mengeluarkan perintah henti operasi.
Abu Samah Nordin dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pemantauan Audit SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia umum pelantikan Tan Sri Abu Samah Nordin sebagai pengerusi bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit suruhanjaya itu.