Usul yang mewajibkan semua anggota Parlimen untuk mengisytiharkan harta seperti dilakukan oleh jemaah menteri akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 15 Okt ini.
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah berkata cadangan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu lepas dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan diberikan tanggungjawab untuk mengemukakan usul berkenaan.
"Kami yang menjadi menteri dan timbalan menteri semua buat pengistiharan harta, saya rasa ini penting untuk meningkatkan keterbukaan akauntabiliti dan integriti pemegang-pemegang jawatan kanan dalam kerajaan.
"Jadi kami rasa setiap anggota Parlimen juga perlu berbuat perkara yang sama supaya rakyat lebih percaya dengan wakil rakyat selain mengelak penyalahgunaan kuasa," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Tanggungjawab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) peringkat Pahang yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Pahang Datuk Seri Sabin Samith di sini, pada Sabtu.
Langkah yang bakal diambil itu, katanya sangat penting kerana selalunya hasil kajian yang dibuat berkaitan dengan rasuah dan integriti mendapati tokoh politik paling kurang dipercayai.
"Biasanya apabila kajian dilakukan di kalangan rakyat, antara kumpulan yang paling dipercayai ialah doktor, guru, manakala golongan yang atau paling kurang dipercayai ialah tokoh-tokoh politik.
"Malah apabila bercerita bab politik wang, bab rasuah, ia juga selalu dikaitkan dengan kelompok ini," katanya.
Saifuddin berkata, tindakan itu juga merupakan satu lagi cara kerajaan Pakatan Harapan mengembalikan keyakinan rakyat bahawa pimpinan politik boleh mengamalkan sikap integriti dengan lebih baik.
Beliau yang juga Menteri Luar dan Anggota Parlimen Indera Mahkota berharap usul yang dibawa itu akan mendapat sokongan daripada semua anggota Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018
Saifuddin berkata, tindakan itu juga merupakan satu lagi cara kerajaan Pakatan Harapan mengembalikan keyakinan rakyat bahawa pimpinan politik boleh mengamalkan sikap integriti dengan lebih baik. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.