Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff diletakkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Menurut sumber, keputusan dipercayai hasil sebulat suara kepimpinan parti itu yang mahu kerusi DUN Permatang Pasir kekal ditandingi oleh individu yang menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Pilihan raya sebelum ini menyaksikan bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man menang kerusi DUN Permatang Pasir sekaligus menjadi satu-satunya wakil PAS di negeri itu.

Terdahulu, pemilihan Muhammad Fauzi sekaligus menyaksikan calon anak jati Permatang Pasir, Fawwaz Mohamad Jan diletakkan di kerusi DUN Penanti.

Sementara itu, majlis pengisytiharan calon PAS bagi negeri Pulau Pinang pada Khamis menyaksikan parti itu akan bertanding di enam kawasan parlimen pada PRU14, 9 Mei nanti.

Enam kawasan parlimen itu adalah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Nibong Tebal, Bayan Baru dan Balik Pulau.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula bakal menyaksikan parti itu bertanding di 18 kawasan bagi negeri Pulau Pinang.

Berikut senarai lengkap calon PAS bagi kerusi parlimen dan DUN di Pulau Pinang:

Parlimen

P.041 Kepala Batas - Siti Mastura Mohammad

P.042 Tasek Gelugor - Rizal Hafiz Roslan

P.044 Permatang Pauh - Afnan Hamimi Taib Azamudden

P.047 Nibong Tebal - Mohd Helmi Harun

P.052 Bayan Baru - Iszuree Ibrahim

P.053 Balik Pulau - Mohd Imran Mohd Saad

DUN

N01 Penaga - Mohd Yusni Mat Piah

N02 Bertam - Moktar Ramly

N03 Pinang Tunggal - Bukhori Ghazali

N04 Permatang Berangan - Mohd Sobri Saleh

N05 Sg. Dua - Zahadi Mohd

N06 Telok Ayer Tawar - Mohamad Hanif Haron

N10 Seberang Jaya - Ahmad Rafaei Rashid

N11 Permatang Pasir - Muhammad Fauzi Yusoff

N12 Penanti - Fawwaz Mohamad Jan

N17 Bukit Tengah - Norazman Ishak

N20 Sg Bakap - Osman Jaafar

N21 Sg Acheh - Nor Zamri Latiff

N30 Sg Pinang - Yaacob Omar

N36 Pantai Jerejak - Mohd Farhan Yusri

N37 Batu Maung - Saiful Lizan Mohd Yusuf

N38 Bayan Lepas - Zarina Shinta Madar

N39 Pulau Betong - Taufiq Hashim

N40 Telok Bahang - Mohd Ali Osman