Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik diminta menjelaskan isu penasihat beliau membawa delegasi ke London, United Kingdom untuk lawatan kerja kementerian.
Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu amat menghairankan kerana ketika memegang jawatan itu hanya beliau, timbalan menteri atau Ketua Pengarah Pelajaran melakukan lawatan kerja ke luar negara untuk membuat kajian sistem persekolahan.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata penasihat menteri dilihat seolah-olah telah mengambil alih tugas Menteri Pendidikan.
"Ini juga boleh menjejaskan hubungan dua hala dengan United Kingdom, apabila Malaysia menghantar seorang bertaraf penasihat sahaja bertemu dengan menteri atau pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan negara tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menimbulkan soal kelulusan bajet untuk lawatan kerja ke luar negara dalam keadaan negara sedang berjimat cermat.
"Apabila seorang menteri hendak ke luar negeri untuk lawatan kerja secara rasmi, satu kertas Kabinet perlu dibentangkan di mesyuarat mingguan Kabinet untuk kelulusan. Ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Kabinet, tujuan lawatan kerja tersebut serta kelulusan bajet.
"Kementerian Luar Negeri juga memberikan ulasan di atas kertas Kabinet tersebut bertujuan memaklumkan status keselamatan negara yang dilawat dan keberkesanan misi lawatan ini.
"Segala-galanya diatur dengan teliti agar hubungan dua hala dengan negara tersebut dijaga dengan baik. Bajet juga dijaga agar tiada pembaziran," katanya.
Sinar Harian
Mon Oct 22 2018
Mahdzir berkata penasihat menteri dilihat seolah-olah telah mengambil alih tugas Menteri Pendidikan. -Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi
Fahmi nafi beliau sumber yang dipetik sebuah portal antarabangsa yang mendakwa hukuman penjara 12 tahun Najib akan dikurangkan.
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
Malaysia larang kapal Israel berlabuh dan mendarat di Malaysia - PM Anwar
Kerajaan batal keputusan Kabinet pada 2002 benarkan kapal Israel berlabuh, dan keputusan Kabinet 2005 yang benarkan kapal tersebut mendarat.
Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan
Tiga menteri Jepun meletak jawatan di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti memerintah LDP.
Lebih wajar PM tidak pikul jawatan Menteri Kewangan - Penganalisis politik
Barisan menteri dan Timbalan menteri kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih kuat berbanding terdahulu.
Dasar TVET Negara akan dibawa ke Kabinet, dilancarkan Jun 2024
Rangka dasar berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
Spekulasi rombakan Kabinet: Ini jawapan Perdana Menteri...
"Januari? Kenapa Januari? Tak Disember," reaksi Perdana Menteri mengenai spekulasi rombakan Kabinet yang diperkatakan.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.