KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak 10.7 peratus kepada RM2.27 bilion bagi suku pertama tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2023, berbanding RM2.05 bilion bagi tempoh sama, tahun lepas.
Prestasi litu didorong oleh penambahbaikan berterusan dalam kualiti aset serta keuntungan perbendaharaan dan pasaran serta yang menyokong pendapatan operasi bersih kumpulan, kata kumpulan serta bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Perolehan hasilnya meningkat kepada RM14.78 bilion daripada RM11.42 bilion, sebelum ini.
Pendapatan sesahamnya meningkat kepada 18.79 sen pada suku di bawah kajian daripada 17.23 sen pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Selain itu, pendapatan operasi lain kumpulan melonjak sebanyak RM696.3 juta atau 68.1 peratus kepada RM1.72 bilion berikutan pelbagai pulangan, termasuk derivatif, pertukaran asing (forex) dan penilaian semula derivatif, aset kewangan dan pelaburan kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian (FVTPL) serta pendapatan pelaburan bersih.
Pendapatan faedah bersih suku pertama tahun kewangan 2023 dan pendapatan perbankan Islam meningkat sebanyak RM22.3 juta atau 0.4 peratus tahun ke tahun kepada RM5.02 bilion manakala prestasi perkhidmatan insurans/takaful menokok sebanyak RM19.9 juta atau 71.3 peratus kepada perbelanjaan bersih RM8.0 juta.
Sementara itu dalam kenyataan media, Maybank berkata walaupun keadaan persekitaran ekonomi global yang mencabar, pendapatan operasi bersih bagi suku tersebut meningkat kepada RM6.32 bilion, berikutan peningkatan 12.4 peratus tahun ke tahun dalam pendapatan bukan faedah kepada RM1.53 bilion, disokong oleh pendapatan derivatif dan pertukaran asing serta pelaburan dan perdagangan.
"Bagaimanapun, ini telah dilaraskan oleh pendapatan berasaskan dana bersih yang rendah sebanyak 2.0 peratus dengan margin faedah bersih (NIM) turun 15 mata asas (bps) tahun ke tahun akibat persaingan deposit yang sengit.
"Kos overhed lebih tinggi pada RM3.05 bilion berbanding RM2.73 bilion setahun sebelumnya susulan peningkatan kos kakitangan akibat peruntukan lebih tinggi untuk perjanjian kolektif kesatuan yang baharu dimeterai serta perbelanjaan teknologi maklumat, pemasaran dan berkaitan hasil," katanya.
Dari segi kualiti aset, Maybank mencatat penambahbaikan dengan kerugian rosot nilai bersih berkurangan sebanyak 50.9 peratus kepada RM292.9 juta pada Mac 2023 manakala nisbah pinjaman terjejas kasar turun sebanyak 45bps kepada 1.50 peratus daripada 1.95 peratus pada setahun sebelumnya dan 1.57 peratus pada Disember 2022 akibat hapus kira, pemulihan dan pembentukan pinjaman baharu terjejas yang rendah.
"Berikutan itu, kadar caj kredit bersih kumpulan berada pada 25bps manakala perlindungan kerugian pinjaman mengukuh kepada 133.5 peratus pada suku tersebut daripada 106.4 peratus berbanding tahun sebelumnya dan 131.2 peratus pada Disember 2022.
"Kumpulan juga terus menjalankan usaha proaktif dengan pelanggan yang menghadapi cabaran kewangan dengan membantu mereka menguruskan komitmen mereka dengan berkesan," katanya.
Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli menyifatkan keputusan suku pertama tersebut sebagai paparan kekuatan dan daya tahan Maybank walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar ketika tekanan inflasi yang tinggi dan pertumbuhan global yang lemah.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kumpulan Maybank akan terus berada di landasan tepat dan kekal teguh untuk mengharungi cabaran yang tidak menentu, disokong oleh kedudukan modal dan mudah tunai kukuh serta rangkaian dan aliran pendapatan yang pelbagai untuk pertumbuhan mampan di masa depan.
"Pelaksanaan strategi M25+ kami sedang berjalan dengan baik, berlandaskan lima teras strategik utama iaitu mempergiat tumpuan pelanggan, mempercepat pendigitalan dan pemodenan teknologi, mengukuhkan perniagaan Maybank di seluruh rantau, memacu kedudukan kepimpinan kami dalam agenda kemampanan serta memperkuat kepimpinan global dalam perbankan Islam.
"Ini selaras dengan matlamat kami iaitu Menginsankan Perkhidmatan Kewangan dengan memberi pengalaman pelanggan yang dipelbagaikan serta berkhidmat kepada masyarakat sebagai suatu unsur kebaikan di Asean," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Prestasi litu didorong oleh penambahbaikan berterusan dalam kualiti aset serta keuntungan perbendaharaan dan pasaran serta yang menyokong pendapatan operasi bersih kumpulan. - Gambar fail
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan d
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi suram Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
PADU akan bantu kurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini - Maybank IB
Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini.
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan dengan DuitNow Overseas Transfer
DuitNow Overseas Transfer membolehkan pelanggan Maybank kirim wang dengan cepat dan mudah kepada penerima di Singapura dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar.
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura.