KUALA LUMPUR: Maybank menawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas akibat banjir, yang turut menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan kesulitan lalu lintas.
Bantuan Banjir ini direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui 2 saluran mudah iaitu:
1. E-mel kepada [email protected] dengan memberikan nama/nama syarikat, nombor IC/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, jenis pinjaman/produk (cth. Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Berjangka); Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli)
2. Kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang mana berkaitan) di seluruh negara.
Semua permohonan akan dinilai berdasarkan maklumat kes yang tertentu.
Selain itu, Maybank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.
Bank itu juga akan memberikan pengecualian untuk caj lewat untuk kad kredit pelanggan yang terjejas.
Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa, telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa keperluan borang atau dokumen sokongan.
Untuk mengemukakan tuntutan, pemegang polisi atau pemegang sijil masing-masing boleh:
Tuntutan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta.
Selain tuntutan, Etiqa turut membantu mangsa banjir dengan mengagihkan paket bantuan ke kawasan terjejas.
Fokus utama Kumpulan Maybank pada masa ini adalah untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir dan menjaga kesejahteraan mereka.
Bantuan Banjir direka untuk menyokong pelanggan Maybank demi melindungi keselamatan keluarga mereka dan memberi tumpuan untuk membina semula kehidupan mereka selepas banjir.
Sebagai tambahan kepada Bantuan Banjir, Maybank terus menyediakan program Bantuan Pembayaran Balik pandemik COVID-19 yang masih dijalankan.
Selain menyediakan sokongan kepada pelanggannya, Maybank juga memastikan ia menjaga kepentingan kakitangan yang terjejas akibat banjir dengan menghulurkan bantuan kewangan, perkhidmatan pembersihan rumah dan menyediakan pek permulaan kecemasan di kawasan banjir yang termasuk bekalan makanan dan bukan makanan untuk membantu meringankan kesulitan yang dialami oleh kakitangan Maybank dan ahli keluarga mereka.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Farid Alias berkata, memandangkan kesan ketara yang timbul akibat banjir semalam, adalah penting bagi Maybank untuk menghulurkan bantuan melalui apa jua cara yang mungkin kepada komuniti dan kakitangan bank ini supaya dapat mengatasi tempoh mencabar ini bersama-sama.
''Kami telah memberikan cuti bergaji pada 20 Disember untuk pekerja yang terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan lain yang terjejas akibat banjir selaras dengan misi kami - Menginsankan Perkhidmatan Kewangan,” kata beliau.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Maybank, sila layari www.maybank2u.com.my.
Pelanggan juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 untuk bantuan lanjut.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Dec 20 2021
Maybank menawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. -Gambar fail/Bernama
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Satu PPS dibuka di Bau
PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.