ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 1 Januari 2021. 

1) Korban COVID-19 di seluruh dunia cecah 1.81 juta 

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 344,000 kes. 

2) Kes positif COVID-19 cecah 83.2 juta pada hari pertama 2021 

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia pada hari pertama tahun 2021 mencecah angka 83.2 juta. 

3) Proses pemberian vaksin COVID-19 di AS berdepan kesukaran 

Proses pemberian vaksin COVID-19 kepada jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) bermula dengan lambat dan tidak kemas sebagaimana diharapkan pegawai kesihatan awam dan pegawai dalam Operation Warp Speed Trump. 

4) Ahli farmasi ditahan atas 3 tuduhan sengaja rosakkan vaksin COVID-19 

Seorang pekerja farmasi di sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) ditahan atas tiga tuduhan berniat jahat merosakkan stok vaksin dalam simpanan. 

5) Bangkok tutup lebih banyak tempat awam untuk kekang penularan COVID-19 

Semua institusi pendidikan di ibu negara Thailand akan ditutup mulai 4 hingga 17 Jan manakala lebih banyak venue awam termasuk pusat hiburan, sukan dan perjudian ditutup sehingga diberitahu kelak, dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19. 

6) Ekonomi Singapura pada fasa penstabilan - PM Lee 

Daripada segi ekonomi, Singapura juga belum keluar daripada masalah tetapi ia mula melihat tanda-tanda penstabilan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Perutusan Tahun Baru 2021. 

7) Ubah lagu Indonesia Raya: Polis Indonesia tahan suspek warga tempatan 

Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara berkenaan. 

8) Pasangan 'Crash Landing On You' sah berpacaran 

Peminat siri televisyen Crash Landing On You pasti teruja apabila pasangan drama Korea itu, Hyun Bin dan Son Ye-jin disahkan menjalin hubungan cinta. 

9) Solskjaer tidak gentar rombak kesebelasan Manchester United 

Ole Gunnar Solskjaer percaya penggiliran pemain amat penting dalam baki saingan musim ini dan sedar sebilangan anak buahnya di Manchester United akan berasa "marah" kepadanya jika mereka tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama.

10) Gelaran penyerang terbaik pembakar semangat Eki buru kejayaan bersama Selangor

Kejayaan memenangi trofi penyerang terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20), membakar semangat penyerang kebangsaan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi untuk memburu kejayaan lebih gemilang bersama pasukan Selangor, pada saingan Liga Malaysia 2021.