DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 28 April 2021.
Kumpulan Bailian, syarikat gergasi komersial di Shanghai menawarkan kupon bernilai 1.5 bilion yuan atau RM947 juta kepada pengguna sempena sambutan Festival Beli-Belah 5 Mei.
Pertumbuhan Ekonomi | Beijing lancar musim beli-belah
2. Musim beli-belah Beijing 2021 yang dijadual berlangsung hingga penghujung tahun, dilancarkan hari ini serentak dengan beberapa siri aktiviti promosi.
Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz pada Selasa menerima kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) Mohamed Azmin Ali, semasa lawatan rasminya ke negara itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa memberitahu bahawa sejenis varian COVID-19 yang dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan di India kini sudah berada di sekurang-kurangnya belasan negara lain.
Syarikat farmaseutikal Pfizer menjangkakan pil pencegahan peringkat awal COVID-19 siap pada hujung tahun ini.
Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) belum melihat sebarang kaitan antara keradangan jantung dan vaksin COVID-19.
Jerman meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonominya dengan jangkaan pengurangan sekatan pergerakan yang akan dilakukan secara berperingkat.
Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat laporan dua kes baharu pembekuan darah, susulan suntikan dos tunggal vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson.
Perancis dan Jerman mengumumkan pelan masing-masing untuk membelanjakan dana pemulihan pandemik Kesatuan Eropah (EU).
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata, ini termasuk bantuan mekanikal perubatan bagi membantu India menghasilkan vaksin COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami