ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 27 Julai 2021.

1. Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN

Hasil tinjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGTN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.

2. COVID-19: UK perluas saringan susulan kekurangan pekerja sektor penting

Ratusan ribu pekerja Britain menjadi kontak rapat individu positif COVID-19 dan perlu dikuarantin 10 hari di bawah garis panduan kesihatan awam, mengakibatkan kekurangan kakitangan di sektor kritikal.

3. Di sebalik stigma budaya, tatu sering dilihat di Olimpik Tokyo

Ramai atlet sukan Olimpik Tokyo 2020 memperlihatkan tatu mereka meskipun pantang larang kuno Jepun melarang perbuatan mencacah kulit.

4. AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Perdana Menteri Iraq Mustafa Al-Kadhimi memeterai perjanjian secara rasmi menamatkan misi pertempuran di Iraq pada akhir 2021 selepas lebih 18 tahun tentera Amerika dihantar ke negara itu.

5. Campuran vaksin AstraZeneca dan Pfizer tingkatkan perlindungan - Kajian

Kajian dari Korea Selatan mengesahkan campuran vaksin COVID-19 AstraZeneca dan Pfizer meningkatkan tahap perlindungan sebanyak enam kali berbanding dua dos AstraZeneca.

6. Kes baharu COVID-19 di China meningkat sejak akhir Januari

China melaporkan 76 kes baharu COVID-19 pada 25 Julai, yang merupakan jumlah kes harian tertinggi sejak Januari. Ia susulan lonjakan jangkitan tempatan di bandar Timur Nanjing, yang memulakan pusingan kedua ujian saringan besar-besaran.

7. Perjalanan masih jauh untuk kembali normal - Pakar Penjujukan Genom UK

Ketua Penjujukan Genom Koronavirus Britain Sharon Peacock berkata, kebimbangan tetap ada terhadap varian Delta yang kini mendominasi dunia. Katanya, proses untuk kembali kepada keadaan biasa menjadi perlahan susulan pelancaran vaksin yang tidak sama rata di seluruh dunia.

8. Bunuh pengedar dadah, saya cintakan negara - Duterte

Presiden Filipina Rodrigo Duterte mempertahankan keputusannya untuk meneruskan usaha memerangi dadah di negara itu walaupun dengan cara membunuh.

9. COVID-19 | AS tidak mansuh sekatan perjalanan susulan varian Delta

Sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan melarang perjalanan masuk ke Amerika Syarikat sejak 2020 itu tidak akan dimansuhkan dalam masa terdekat. 

10. COVID-19: Lebih 2,000 kematian di Indonesia

Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 2,069 kematian hari ini. Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 86,835 orang.