ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Mei 2022.

1. Gempa bumi kuat landa Kepulauan Filipina

Gempa itu berlaku pada kedudukan 181 kilometer di barat daya Bandar Tagum, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.

2. Puluhan pendatang Israel serbu kompleks Al-Aqsa

Berpuluh-puluh pendatang Israel sambil dikawal pasukan polis menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa pada pagi Khamis, lapor Agensi Anadolu.

3. Turki rakam penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan dalam OIC

Turki merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan yang dimainkan negara dalam arena antarabangsa terutamanya menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

4. PM Jepun kecam Rusia kenakan sekatan ke atas menterinya

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Khamis mengecam langkah Rusia melarang beberapa individu memasuki negara itu dan menyifatkan ia satu tindakan yang "tidak boleh diterima sama sekali".

5. Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal - Arab Saudi

Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

6. COVID-19: Pil Paxlovid mampu kurangkan kemasukan ke hospital

Pil antiCOVID-19 Paxlovid dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk penyakit berkaitan COVID-19 dan boleh didapati secara meluas di farmasi di Amerika Syarikat, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Rabu.

7. Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong dengan harga AS$9.28 juta

Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby's, London pada Rabu dengan harga AS$9.28 juta sekali gus mencatatkan rekod dunia, lapor Agensi Anadolu.

8. Artik bukan lagi kawasan 'belantara' yang belum disentuh - kajian

Kajian baharu antarabangsa mendapati bahawa bahan buangan plastik ditemui di kawasan dan habitat Artik, memberi amaran bahawa lebih banyak mekanisme kawalan diperlukan.

9. COVID-19: Penamatan perintah berkurung di Shanghai ditangguhkan

Penamatan perintah berkurung di Shanghai sudah berlanjutan selama lima minggu.

10. COVID-19: Beijing tutup puluhan stesen tren bawah tanah

Beijing bertindak menutup berpuluh-puluh stesen kereta api bawah tanah pada Rabu, berikutan sekatan COVID-19 berupaya menghalang pergerakan rakyat di seluruh ibu kota China itu.