Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mei 2022.

1. PM ajak Keluarga Malaysia, negara Islam kecam kekejaman Zionis terhadap Palestin

Persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan negara-negara Islam seluruh dunia perlu dieratkan dalam menangani permasalahan umat Islam global termasuk isu kezaliman Israel ke atas Palestin.

2. Jumlah disyaki kes COVID-19 di Korea Utara melebihi dua juta

Korea Utara melaporkan lebih 260,000 kes baharu yang disyaki COVID-19 pada Jumaat, dengan jumlah kes sedemikian melebihi 2 juta, lapan hari selepas ia mula mengesan wabak virus itu, menurut Agensi Berita Yonhap.

3. Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis

witter pada Khamis mengumumkan dasar global baharu untuk menangani penyebaran maklumat yang salah atau tidak benar semasa situasi krisis, lapor Sputnik.

4. PBB gesa pengeluaran pertanian Rusia, Ukraine dibenarkan semula ke pasaran

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis menggesa supaya usaha diadakan untuk membawa semula pengeluaran pertanian Rusia dan Ukraine ke pasaran dunia.

5. Rihanna selamat melahirkan anak pertama

Penyanyi popular Rihanna dilapor selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei.

6. Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino

Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

7. COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

8. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari

Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

9. Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland

Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

10. Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland

Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.