DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 November 2023.
Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt lepas mencecah 50 orang manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.
Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.
Sebanyak 28 bayi pramatang dipindahkan dari hospital terbesar di Gaza dibawa ke Mesir untuk rawatan segera pada Isnin.
Bangladesh melaporkan 1,291 kes denggi baharu dan enam lagi kematian pada Isnin.
Turki tidak akan membenarkan isu senjata nuklear Israel digugurkan daripada agenda global.
Kementerian Luar Qatar pada Isnin menggesa pembentukan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat jenayah yang dilakukan Israel terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengenakan larangan perjalanan ke atas dua pegawai tentera Rusia yang dituduh "terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia" di timur Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Negara-negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat (AS) tidak boleh menentukan pendirian Malaysia dalam menyatakan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman zionis Israel.
Seramai 31,000 suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan dari Myanmar ke pusat tahanan China setakat ini, umum Kementerian Keselamatan Awam China pada Selasa.
Microsoft pada Ahad mengumumkan syarikat itu melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman dan pengasas bersama Greg Brockman untuk mengetuai pasukan penyelidik AI Microsoft.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami