DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Jun 2025.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan kembali ke Washington lewat Isnin, memendekkan penyertaannya dalam sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada, susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Pemimpin negara-negara G7 mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan sokongan tegas terhadap keselamatan Israel dan menyifatkan Iran sebagai “punca utama ketidakstabilan” di Asia Barat, susulan serangan ketenteraan langsung Tehran ke atas wilayah Israel baru-baru ini.
Korea Selatan pada Selasa mengeluarkan amaran perjalanan khas ke seluruh wilayah Iran susulan ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar negara itu.
Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menegaskan bahawa serangan balas negaranya terhadap Israel merupakan tindak balas yang sah dan seimbang, serta tertumpu sepenuhnya kepada sasaran ketenteraan.
Tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran telah mengakibatkan kemusnahan pada kemudahan nuklear Iran serta kematian dan kecederaan manusia, menjejaskan proses politik dan diplomatik dalam isu nuklear Iran, melemahkan usaha antarabangsa dalam mengawal percambahan senjata nuklear, dan memberi kesan negatif yang serius terhadap keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Iran agar meninggalkan negara tersebut dengan serta merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia.
Seramai sembilan orang disahkan maut manakala 26 lagi cedera susulan kejadian letupan di sebuah kilang mercun pada pagi Isnin di China, lapor Xinhua memetik kenyataan ibu pejabat operasi menyelamat di lokasi kejadian.
Tentera Israel sekali lagi dilaporkan membunuh orang awam yang sedang menunggu berhampiran pusat agihan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak berkuasa Hamas.
Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.
Sebuah pesawat Saudia Airlines yang dilaporkan membawa ratusan jemaah haji melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara pada Selasa susulan ancaman bom.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami