DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Julai 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengarahkan Peguam Negara untuk mengemukakan keterangan "berkaitan" daripada Juri Agung dalam kes melibatkan pesalah seks Jeffrey Epstein.
Seorang guru sekolah menengah dan ibu kepada seorang pelajar ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas didakwa berpakat menceroboh sebuah sekolah di Andong untuk mencuri kertas peperiksaan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memaklumkan bahawa lebih 737,000 orang telah dipindahkan di Semenanjung Gaza sejak peningkatan serangan Israel pada Mac, sekali gus menunjukkan skala krisis kemanusiaan yang dihadapi penduduk di wilayah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi Astronomer, Andy Byron menjadi tumpuan media antarabangsa dan netizen selepas aksinya bersama Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat itu, Kristin Cabot, dirakam secara langsung menerusi segmen ‘kiss cam’ semasa konsert kumpulan Coldplay di Gillette Stadium.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disahkan mengalami masalah salur darah vena kronik selepas mengadu mengalami bengkak pada bahagian kaki, kata White House.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui, serangan oleh tenteranya yang mengenai satu-satunya gereja Katolik di Gaza, hingga mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan beberapa lagi, adalah satu "kesilapan", menurut White House.
Organisasi Penerbangan Awam Iran mengumumkan yang semua lapangan terbang di seluruh negara kembali beroperasi seperti biasa dan ruang udara Iran dibuka semula untuk penerbangan antarabangsa sepanjang masa.
Dua terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila tentera Israel menyerang sebuah gereja Katolik di utara Semenanjung Gaza pada Khamis.
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Khamis menempelak Kesatuan Eropah (EU) kerana kegagalan berterusan blok itu untuk bertindak tegas menghentikan apa yang digelar oleh organisasi itu sebagai "pembersihan etnik terancang" di Gaza dengan mendakwa, EU bersubahat dan menyebabkan penderitaan besar yang disengajakan.
Ketaktentuan ekonomi global yang didorong oleh tarif perdagangan Amerika Syarikat antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di Australia, kata Menteri Kewangan Jim Chalmers pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami