awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2019
14:40 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 15 Oktober 2019.
1) Kepayahan hidup bina kekentalan Dr Mahathir
Mengharungi kepayahan sewaktu usia muda menjadikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup kental dalam menghadapi apa jua cabaran sehingga muncul sebagai pemimpin yang dihormati di dalam dan luar negara.
2) Cuti 90 hari: Masa bersama ibu, bayi amat penting - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan masa bersama termasuk tempoh proses penyusuan amat penting kepada ibu dan bayi.
3) Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpandangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak seharusnya dimansuhkan.
4) Orang Melayu tidak mampu beli semula tanah Kampung Baru jika harga dinaikkan
Kerajaan menghadapi kesukaran untuk menaikkan harga tanah pemilik di Kampun Baru dalam usaha untuk memastikan orang Melayu menjadi penduduk majoriti di kawasan itu.
5) Dibunuh atau bunuh diri? - Polis siasat punca kematian lelaki berikat batu-bata
Mayat seorang lelaki yang ditemui di celah kapal minyak di sebuah jeti persendirian di Jalan Lanang dekat sini akan diklasifikasi semula jika ia melibatkan unsur-unsur jenayah sehingga bedah siasat selesai kelak.
6) Penjara tujuh tahun, empat sebatan gara-gara lakukan amang seksual pada kanak-kanak 7 tahun
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
7) Dua ADUN ditahan berhubung LTTE kekal sebagai wakil rakyat - SPR
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan polis kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Tamil Eelam (LTTE), akan kekal sebagai wakil rakyat.
8) "Saya tidak akan tinggalkan PKR, kecuali ada yang mahu 'tendang' saya..." - Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, beliau tidak akan meninggalkan parti itu.
9) Peralihan kuasa: Anwar beri penjelasan kepada Dewan Rakyat
Tidak timbul lagi isu peralihan kuasa Perdana Menteri melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10) 13 anggota polis maut diserang sekumpulan lelaki bersenjata di Mexico
Sekurang-kurangnya 13 anggota polis maut dalam satu serangan di Michoacan, Mexico, pada Isnin, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Keselamatan Awam persekutuan negara itu.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita dalam negeri
#berita luar negara
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan