MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 30 November 2019.
ISU melibatkan dana RM20 juta yang didakwa digunakan untuk projek kereta terbang terus hangat diperkatakan di media sosial. Beberapa pihak sebelum ini telah memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Temasya Sukan SEA ke-30 dibuka secara rasmi dengan penuh tradisi dalam satu majlis pembukaan penuh gilang-gemilang di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan, dekat sini, Sabtu malam.
Mengikut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), setakat ini dianggarkan sebanyak 26 spesies haiwan tergolong dalam kategori terancam di Malaysia.
Tiada desakan supaya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat permohonan maaf susulan pemecatan Zakaria Abdul sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebagaimana gesaan sekumpulan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPP) PKR.
Seorang pemuda maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri 17 tingkat di sini pada Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pada Sabtu mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri di Pantai Timur dan Johor.
Hasrat beratus-ratus rakyat Filipina menyaksikan nyalaan obor sempena upacara pembukaan rasmi Sukan SEA ke-30 di Kompleks Sukan New Clark City, di sini, malam ini tidak kesampaian, apabila mereka dihalang daripada memasuki pekarangan kompleks berkenaan.
Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang Rabu lepas, balik ke rumahnya dengan sendiri di Kampung Agek Hulu, Sungai Temenggor di sini pagi ini.
Tiga maut termasuk suspek dan beberapa orang awam lain dilaporkan cedera akibat ditikam di London Bridge.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami