SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Terkini koronavirus
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis mengesahkan dua lagi kes positif koronavirus baharu (2019-nCoV) dikesan menjadikan jumlah positif di Malaysia seramai 14 orang.
Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kedua-dua kes membabitkan wanita dengan seorang wanita rakyat Malaysia merupakan kes jangkitan tempatan pertama di negara ini.
Sementara itu, remaja warganegara Kanada yang dilapor pengsan di lot parkir sebuah pusat konvensyen di ibu negara, yang tular di media sosial semalam, disahkan negatif koronavirus.
Seramai 10 individu daripada dua keluarga kakitangan Wisma Putra dan agensi tertentu atau ‘non essential staff’ tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Guangzhou, China pada Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua kes baharu jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) pada Khamis manakala United Kingdom (UK) pula mengesahkan kes ketiga jangkitan novel koronavirus di negara tersebut.
Ikuti maklumat semasa jangkitan koronavirus dari semasa ke semasa di Lapor Langsung.
2. Doktor rawat koronavirus meninggal dunia
Seorang doktor meninggal dunia selepas terkena serangan jantung dipercayai akibat tidak cukup rehat kerana bertugas selama 10 hari berturut-turut tanpa henti bagi mengatasi penularan koronavirus.
Dr Yingjie ditugaskan memeriksa suhu pemandu dan penumpang setiap kenderaan yang melalui lebuh raya sempadan itu dan difahamkan bekerja tanpa henti sejak 25 Januari lalu.
Sementara itu, Dr Li Wenliang, doktor di Wuhan, China yang telah memberi amaran tentang kewujudan koronavirus baharu (2019-nCoV) disahkan meninggal dunia pada jam 2.58 pagi ini.
Perkara ini dimaklumkankan Hospital Pusat Wuhan dalam kenyataannya melalui akaun media sosial weibo sebentar tadi.
3. Thaipusam
Beberapa jalan di Lembah Klang ditutup bagi perarakan pedati sempena perayaan Thaipusam yang disambut esok.
Serentak itu, pengguna jalan raya jalan raya dinasihat supaya mengelak laluan terbabit bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.
Dianggarkan lebih 1 juta akan hadir di Batu Caves bagi menyambut Thaipusam.
Penganut Hindu dan pengunjung yang menyertai sambutan Thaipusam esok juga dinasihat mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak kemungkinan jangkitan 2019 Novel Koronavirus.
Sementara itu, pusat operasi kesihatan yang terdekat dengan Batu Caves itu kini bersiap siaga bagi menangani sebarang kemungkinan situasi kecemasan yang dikaitkan dengan wabak itu.
4. 'Sokong saya jika mahu bekerjasama'
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia bekerjasama dengan UMNO jika parti itu memberi sokongan kepadanya.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menjelaskan, ia perlu diterjemahkan melalui suara sokongan di Parlimen.
5. Isu PPSMI
Kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke dalam sistem pendidikan negara.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, ketika ini, perkara itu masih dalam pertimbangan.
Beliau dalam pada itu menegaskan rakyat perlu mengutamakan kejayaan sebagai satu bangsa dengan bukan sekadar melalui bahasa sendiri sahaja.
Tegasnya, sayang kepada bangsa perlu diterjemahkan melalui kemajuan masyarakat yang sentiasa bersaing.
Justeru, beliau mahu rakyat berfikir semula mengenai kepentingan menggunakan bahasa lain yang sekali gus memberi banyak manfaat kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Astro Awani
Thu Feb 06 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.