SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Ujian saringan besar-besaran Jumaat ini
Kementerian Kesihatan menyasarkan sebanyak 16,000 sampel dapat dilakukan menerusi kit ujian sehari bermula Jumaat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah itu bagi meningkatkan keupayaan kementerian untuk memperluaskan saringan ujian secara besar-besaran.
Malah katanya, penggunaan kit ujian tersebut mampu memberikan keputusan yang cepat dan tepat.
2. PKP dilanjutkan hingga 14 April
Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelanjutan tempoh berkenaan dibuat lebih awal agar rakyat lebih bersedia.
Sehubungan itu, tempoh bekerja dari rumah bagi penjawat awam dilanjutkan pada tempoh sama selaras pengumuman oleh perdana menteri.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, Surat Edaran JPA bertarikh 17 Mac 2020 mengenai Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan PKP dan Penutupan Premis Kerajaan berserta soalan lazimnya adalah terpakai bagi tempoh lanjutan PKP itu.
Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan agar penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat sehingga berakhirnya pelanjutan tempoh PKP.
3. Moratorium pinjaman 6 bulan
Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan, kata Bank Negara Malaysia (BNM) menurut dokumen yang diserahkan kepada bank-bank di Malaysia.
Individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak mahu menggunakan fleksibiliti pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan boleh meneruskan pembayaran balik mereka seperti biasa, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Berita berkaitan
- Bank Islam tawar tangguh bayaran balik pembiayaan
- Moratorium: HSBC Malaysia umum keuntungan atau faedah bukan kompaun
4. Pakej rangsangan ekonomi diumum Jumaat ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang menyeluruh pada Jumaat ini.
Menurut beliau, rakyat segenap lapisan akan memperoleh manfaat daripada pakej berkenaan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, Datuk Azman Yusoff berharap pakej rangsangan ekonomi yang akan diumum itu akan mempertimbangkan aspek lanjutan tempoh kontrak penyelenggaraan sedia ada bagi memastikan syarikat dapat terus beroperasi.
Azman berkata ini kerana lebih 50,000 kontraktor Bumiputera berdepan ketidaktentuan ketika PKP sehingga menyebabkan banyak kerja penyelenggaraan tidak dapat diteruskan sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.
5. Indeks jenayah menurun 70 peratus
Kadar indeks jenayah menurun sebanyak 70 peratus di seluruh negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuat kuasa 18 Mac lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata walaupun kadar jenayah menunjukkan penurunan dalam tempoh perintah itu, pihaknya mendapati jenayah yang ketara dilakukan adalah melibatkan kes pecah rumah dan mencuri motosikal.
Astro Awani
Wed Mar 25 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.