KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini pada 31 Ogos lepas yang disempurnakan dengan rapi dan cemerlang.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ucapan tahniah dan penghargaan itu turut ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
Al-Sultan Abdullah yang menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan itu bertitah semangat perpaduan, patriotisme dan cintakan negara yang dipamerkan oleh rakyat pada sambutan berkenaan dan sambutan yang telah dianjurkan di seluruh negara adalah sangat membanggakan.
"Seri Paduka juga amat kagum menyaksikan persembahan yang telah ditunjukkan oleh semua kontinjen agensi kerajaan dan murid-murid sekolah yang telah mengambil bahagian di majlis tersebut.
"Semangat kenegaraan dan cintakan negara yang telah dipamerkan oleh mereka, khususnya murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai peringkat persekolahan dan kaum adalah sewajarnya dipuji dan dicontohi," kata Ahmad Fadil dalam kenyataan hari ini.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa sukacita dan setinggi penghargaan kepada rakyat yang telah datang memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar untuk menyertai dan secara berdisiplin menonton sambutan hari yang bersejarah itu, yang dilaporkan melebihi jangkaan 50,000 orang.
Seri Paduka menzahirkan harapan semoga semangat tersebut, yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum di negara memperkukuh lagi keharmonian negara.
"Baginda turut menzahirkan harapan agar ia juga dipamer dan diteruskan dalam memperingati dan meraikan Hari Malaysia pada 16 Sept kelak," kata Ahmad Fadil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Ucapan tahniah dan penghargaan itu turut ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. - JAPEN
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Bahagia Kita: Kisah pengembaraan Haikal mencari erti sebenar kemerdekaan
Celcom menampilkan sebuah filem pendek yang sarat dengan mesej meraikan keharmonian dan kebahagiaan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini
Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022
Yang di-Pertuan Agong zahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Jadilah Pembela Merdeka dalam PRU15 kerana Malaysia layak dapat yang lebih baik!
Kemerdekaan bukanlah menggantikan satu set elit pemerintah yang kebal di sisi undang-undang dengan satu set elit pemerintah yang lain yang juga kebal di sisi undang-undang.
Hubungan Indonesia, Malaysia tetap kuat - Sri Mulyani
Keakraban sejak 1957 itu telah menghasilkan banyak manfaat dan saling membantu demi kepentingan bersama.
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
Keluarga Malaysia perlu bersatu padu pertahan keharmonian - PM
Keluarga Malaysia perlu terus kekal bersatu padu dan mempertahankan keharmonian dalam semua aspek sebagai rencah utama kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada Rabu.
Hari Kebangsaan 2022: JPS johan kawad peringkat negeri Perak
Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) muncul johan kawad kategori jabatan kerajaan sempena perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Perak.
Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.
Pandemik COVID-19 mengajar hargai erti kebebasan, kemerdekaan - MB Perak
Perang menghadapi pandemik COVID-19 lebih dua tahun telah memberi keinsafan kepada semua pihak untuk lebih mendalami erti sebuah kemerdekaan.