Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Februari 2026.

  1. KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah 2025

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2025 yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu 6.15 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.

  2. “Kalau tiada makanan buat mangsa banjir, saya yang salah” - Jamawi

    “Kalau tiada makanan buat mangsa banjir di sini saya yang salah,” kata  Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar memberikan jaminan makanan dan keperluan lain akan diberikan kepada mangsa banjir, di sini.

  3. Tular 1 Syawal jatuh Jumaat, masyarakat dinasihat tidak buat spekulasi

    Umat Islam dinasihatkan tidak membuat spekulasi awal berhubung 1 Syawal dan menunggu pengumuman rasmi pihak berautoriti.

    4. Pelajar perlu berubah, bergerak seiring kepantasan zaman - PM Anwar
       Pelajar mesti menerima perubahan dan memperkukuh usaha menuntut ilmu kerana tuntutan era moden memerlukan kecekalan, asas moral yang kukuh serta kesediaan meninggalkan amalan lapuk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement

   5. Jabatan Imigresen sahkan tiga anak Tun Daim berada di luar negara

       Tiga anak bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berada di luar negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.

    6. Malaysia Airlines batal penerbangan ke/dari Doha, Jeddah dan Madinah pada 28 Feb - 1 Mac 2026
        Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan antara antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) pada 28 Februari dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah.

      7. Pelantikan Mahkamah AIAC tingkatkan kredibiliti Malaysia
         Pelantikan ahli pertama Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) menandakan langkah penting dalam agenda pembaharuan di bawah Perjanjian Tambahan antara Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia-Afrika (AALCO).

     8. PM Anwar tegas perangi rasuah, tidak gentar tekanan dan serangan balas
         Usaha memulihkan imej negara dan memperkukuh nilai kemanusiaan tidak boleh dipisahkan daripada tindakan tegas memerangi rasuah walaupun berdepan tentangan dan serangan balas.

     9. KDN siasat elemen jenayah terancang - Saifuddin Nasution

         Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai sudut, termasuk kemungkinan wujud elemen jenayah terancang, susulan penahanan sembilan individu yang disyaki terbabit dalam insiden melepaskan tembakan ke arah kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah, Rabu lepas.

   10. Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti
        Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diberikan Surat Tunjuk Sebab berikutan tindakan beliau seakan-akan telah hilang kepercayaan terhadap parti, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh.

Must Watch Video