ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Ogos 2026.
Jenazah kakanda Sultan Pahang dibawa ke Pahang untuk dimakamkan
Jenazah Almarhumah dibawa ke Pangkalan TUDM Subang untuk diterbangkan ke Pangkalan TUDM Kuantan dan seterusnya dibawa ke Makam Diraja Pahang di Pekan untuk dimakamkan.
Bekas Perdana Menteri itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Suzana Hussin dalam prosiding yang bermula kira-kira jam 9.35 pagi.
Anwar arah kenal pasti segera rakyat Malaysia terjejas di Nepal
Anwar berkata arahan itu melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar.
- Kerajaan tak pernah lulus lesen, permit judi baharu di Kedah - MOF
Kerajaan MADANI tidak pernah meluluskan sebarang lesen atau permit perjudian baharu di Kedah, mahupun menambah bilangan premis perjudian sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022.
- Azmin dipelawa sertai semula PKR? Saya tidak dimaklumkan - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pelawaan kepada bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai semula parti itu.
- Insiden 'roller coaster': Polis siasat kewujudan elemen cuai, sabotaj
Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden kemalangan melibatkan permainan roller coaster di Taman Tema Sunway Lagoon, Sabtu lepas bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kecuaian mahupun sabotaj.
- Banjir Nepal: Tiada pengesahan rasmi kemalangan jiwa libatkan rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang giat mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa Nepal berhubung maklumat tular di media sosial mendakwa ada rakyat Malaysia terkorban.
- Potensi Super El Nino boleh jejaskan pertumbuhan Malaysia, Indonesia, Thailand - CIMB
Fenomena El Nino luar biasa yang dijangka berlaku penghujung tahun ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, Indonesia dan Thailand dari akhir 2026 hingga suku ketiga (S3) 2027.
- Enam negeri di Semenanjung diramal jerebu kepekatan tinggi hingga 31 Ogos - MetMalaysia
Enam negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, selain Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya berisiko mengalami kepekatan jerebu yang tinggi sehingga 31 Ogos ini.
- Hanya Aminuddin Harun pulangkan peruntukan penuh - MB
Hanya bekas Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun telah memulangkan keseluruhan peruntukan yang diterima manakala sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) penggal lepas masih belum berbuat demikian sepenuhnya setakat ini.